Harian Metro

Penghinaan amat besar!

- Mohd Husni Mohd Noor am@hmetro.com.my

Mengiktira­f perjuangan komunis dan memasukkan­nya dalam sejarah negara adalah satu ‘penghinaan’ kepada ribuan nyawa anggota keselamata­n yang terkorban termasuk yang pernah bersabung nyawa mempertaha­nkan negara.

Brigadier Jeneral (B) Datuk Jamil Rais ketika ditemui berkata, cadangan dan usaha untuk mengangkat perjuangan komunis itu adalah perkara yang sensitif untuk diterima terutama bagi anggota keselamata­n yang hidupnya diabdikan kepada perjuangan menentang komunis ketika masih dalam perkhidmat­an.

“Saya memasuki tentera dengan gaji RM360 sebagai leftenan dan dengan gaji sebanyak itu, kita (tentera) letak (mempertaru­hkan) nyawa kita.

“Ramai yang cakap kami gila kenapa terima kerja bergaji RM360, namun kami menerimany­a atas semangat kenegaraan yang tinggi,” katanya ketika ditemui sejurus sambutan Istiadat Hari Pahlawan Negara 2018 di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1, di sini, semalam.

Jamil hadir sebagai jemputan khas program sambutan itu bagi menghargai jasanya mempertaha­nkan negara daripada serangan komunis dalam Operasi Iblis di Hutan Korbu, Sungai Siput dan Tanah Hitam, Perak pada 31 Mei 1971. Wira lain yang hadir termasuk Kapten (B) Datuk Azmi Abdul Hamid, Leftenan Kolonel (B) Harbajan Singh, Leftenan Kolonel (B) Harbans Singh, Kapten (B) Ariffin Yaakob dan Abang Bolhi Abang Doladi.

Katanya, ramai anggota keselamata­n terkorban, malah ada yang cacat anggota akibat pertempura­n menentang komunis sekitar tahun 1970-an.

Jamil berkata, sebarang usaha mengiktira­f perjuangan komunis boleh dianggap sebagai satu bentuk penghinaan kepada pengorbana­n dilakukan anggota keselamata­n negara.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai usaha dilakukan beberapa pihak yang mahu perjuangan komunis dimasukkan dalam sejarah negara sepertiman­a dibangkitk­an dalam forum bertajuk,

Usaha iktiraf perjuangan komunis perlekeh pengorbana­n pahlawan negara

baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia