Harian Metro

Umpama toreh luka lama bekas parajurit

-

Alor Setar: Tindakan penganjur forum ‘Perlukah Kita Menulis Semula Buku Teks’ dianggap sebagai kurang ajar dan melampau apabila cuba menoreh luka lama bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berjuang demi negara lebih 30 tahun lalu.

Yang Dipertua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Kedah Datuk Yusoff Yaacob berkata, sepatutnya tidak wujud sebarang usaha mengiktira­f perjuangan komunis sedangkan ramai anggota tentera maut dan cedera ketika menentang gerakan subversif golongan itu.

Katanya, beliau sendiri masih terkesan melihat rakan seperjuang­annya yang mengalami kecederaan seumur hidup termasuk kehilangan anggota badan ketika berjuang menentang komunis, selepas kemerdekaa­n.

“Sepatutnya kita sudah tutup lama isu komunis ini dan kami tidak mahu dengar langsung adanya usaha hendak memasukkan elemen komunis ke dalam pendidikan negara ini.

“Mereka ini memang melampau dan kurang ajar, anak muda yang menganjurk­an forum seperti ini tidak pernah merasai kesengsara­an kami berjuang demi keselamata­n negara satu ketika dulu,” katanya.

Yusoff berkata, di Kedah saja ada kira-kira 30 anggota tentera yang menentang komunis satu ketika dulu hidup dalam keadaan kurang upaya akibat kehilangan anggota badan.

Katanya, beliau bersama 22,000 anggota veteran ATM di Kedah sanggup melakukan apa saja termasuk demonstras­i untuk menentang habis-habisan usaha mengiktira­f perjuangan komunis.

“Kerajaan diminta bertindak tegas dengan menghalang sebarang cubaan untuk memasukkan perjuangan komunis dalam buku teks sekolah kerana ia boleh meracuni pemikiran generasi akan datang.

“Jika diizinkan saya sendiri boleh memberi nasihat buat panelis forum terbabit yang terdiri daripada dua anak muda untuk menasihati mereka bahawa usaha dilakukan mereka adalah salah, ” katanya.

 ??  ?? YUSOFF
YUSOFF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia