Harian Metro

Teruskan legasi datuk

- DARI MUKA R27

Mengulas mengenai bisnes yang diusahakan ketika ini, Liza menegaskan keputusan berkecimpu­ng dalam bidang itu bukan kerana terikut-ikut dengan peredaran semasa.

Katanya, bisnes bukan tempat sekadar mencuba tanpa ada minat atau kemahuan sepenuh hati. Apatah lagi banyak masa dan tenaga perlu dicurahkan.

Tegasnya, semua orang boleh memiliki perniagaan tetapi hanya segelintir kekal berada dalam dunia itu dan dia mahu menjadi antara mereka yang berjaya mengkalkan rentak untuk jangka masa panjang.

“Saya membesar dengan arwah datuk, Haji Hassan Mat Min dan dialah yang bertanggun­gjawab mencetuska­n minat saya terhadap dunia perniagaan.

“Arwah ada kedai runcit dan kain pelekat di Jeli, Kelantan serta sangat dikenali masyarakat setempat terutama di Kampung Bukit Selar,” katanya.

Antara pengalaman menarik dikongsi mengenai arwah datuknya adalah insan itu akan keluar berniaga selepas solat subuh.

Dek pelbagai pengalaman menarik pernah dilalui arwah, ia meninggalk­an kesan mendalam buat ibu Liza dan Liza sendiri.

Disebabkan itu juga, dia mahu meneruskan legasi arwah datuk kerana percaya semangat insan kesayangan­nya itu sentiasa ada bersama setiap kali memulakan bisnes.

Liza juga mengakui rakan tidak terkejut melihat kesungguha­nnya berniaga kerana tahu dia terkenal dengan bakat berniaga.

“Bagi saya, sesiapa saja boleh berjaya dalam bisnes asalkan betul-betul berminat dan tidak takut mengambil risiko kerana bisnes bukan sekadar merasai keuntungan semata-mata.

“Sebelum bergelar penyampai radio saya sudah menjual banyak benda. Ada yang jadi, ada juga gagal. Namun begitu, saya bersyukur 2,000 unit produk terbaru saya iaitu ‘Me Time’ yang dikeluarka­n April lalu habis dijual,” katanya gembira.

Melihat sambutan menggalakk­an, dia dalam perancanga­n mengeluark­an

Liza minat berniaga dan tidak

takut mengambil risiko

 ?? FOTO: SOLEKAN: PENATA HIJAB:
PAKAIAN KOLEKSI:
PENATA GAYA: ??
FOTO: SOLEKAN: PENATA HIJAB: PAKAIAN KOLEKSI: PENATA GAYA:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia