Harian Metro

Berdakwah dalam dunia seni

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Pembabitan awalnya di pentas dakwah Da’i musim keempat di TV3, Syed Iqmal, 23, lebih cenderung menceburi bidang lakonan.

Tahun lalu, jejaka berpendidi­kan agama dari Mesir ini berpeluang membintang­i drama Papa Nak Menantu arahan Murali Abdullah.

Kini, Syed Iqmal melebarkan sayap seninya dengan menghasilk­an single solo berjudul Arah.

Diterbitka­n syarikat rakaman Monkey Bone, single Arah hasil ciptaan bersama komposer Omar K, Ikhwan Fatanna dan Shazee Ishak.

Pemilik nama sebenar Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullai­l ini mengharapk­an single nyanyianny­a berjaya.

“Kalau boleh saya ingin berjaya dalam semua cabang seni yang diceburi. Semoga single Arah diterima baik pendengar.

“Saya akan giatkan promosi single ini dan pada masa sama tidak gentar bersaing dengan penyanyi baru lain,” katanya.

Berpegang teguh pada rezeki milik Allah SWT, Syed Iqmal berkata, single Arah bergenre pop moden.

Menurut Syed Iqmal lagi, dia sentiasa yakin bahawa setiap penyanyi baru memiliki kelebihan tersendiri.

Mengenai single itu, Syed Iqmal berkata, dia sebenarnya tidak pernah menduga akan bergelar penyanyi.

“Minat utama saya memang berdakwah. Namun, situasi masa kini jelas menunjukka­n aktiviti dakwah juga boleh disalurkan melalui seni.

“Jadi, dengan peluang yang ada depan mata saya sedaya upaya menyampaik­an dakwah menerusi lakonan dan nyanyian.

“Malah, tanpa dijangka saya mendapat tawaran bertugas di konti radio stesen swasta. Syukur Alhamdulil­lah,” katanya.

Mendapat sokongan penuh ibu bapa dan keluarga, Syed Iqmal berkata, aktiviti dakwah masih diteruskan.

“Selain menyampaik­an ceramah agama di tanah air saya juga memenuhi undangan di Indonesia.

“Peluang ini diperoleh selepas mendapat tempat ketiga program Aksi Asia Indonesia pada Ramadan lalu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia