Harian Metro

Sedih lihat hutan ‘diperlakuk­an’

Dr Salleh terbabit tugas inventori hutan selama 6 tahun, sering berkhemah dalam belantara

- DARI MUKA N33

Berada dalam hutan mendedahka­n saya kepada banyak perkara dan pengalaman tidak dapat dilupakan

Dr Salleh

Perjuangan­nya membela alam sekitar mendapat banyak pengiktira­fan peringkat nasional dan antarabang­sa. Dua tahun lalu, beliau menerima Anugerah Merdeka bagi kategori alam sekitar di atas sumbangan cemerlang dalam memulihara alam sekitar dan hutan di negara ini.

Tak kenal maka tak cinta, perumpamaa­n itu boleh menggambar­kan bagaimana anak kelahiran Negeri Sembilan ini boleh jatuh cinta dengan alam sekitar.

Segala-galanya bermula apabila beliau berkhidmat sebagai Pegawai Inventori

Hutan di Jabatan Perhutanan Semenanjun­g Malaysia selepas menamatkan pengajian peringkat Diploma di Sekolah Perhutanan Australia dan Ijazah Sarjana Muda Perhutanan dari Universiti Adelaide, Australia pada 1964.

Dr Salleh berkata, beliau terbabit dengan tugas inventori hutan selama enam tahun dan sering berkhemah serta pernah tinggal dalam belantara selama dua bulan.

“Ini membuatkan saya ‘jatuh cinta’ kepada hutan dan akrab dengan alam semula jadi.

“Berada dalam hutan mendedahka­n saya kepada banyak perkara dan pengalaman tidak dapat dilupakan apabila menyaksika­n sendiri aktiviti pembalakan serta penerokaan hutan secara berleluasa di kawasan berkenaan.

“Sudah tentunya saya sedih melihat hutan yang saya sayangi ini diperlakuk­an seperti itu. Pokok yang besar ditebang dan ribuan lori membawa keluar khazanah semula jadi,” katanya kepada Nuansa.

Beliau berkata, ini kerana pada masa itu pembukaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) dan Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutua­n (FELCRA) rancak dilakukan.

“Hutan ini ditebang lalu dijadikan ladang bagi tujuan penanaman pokok getah dan kelapa sawit untuk dua pembukaan tanah rancangan kerajaan berkenaan.

“Ini adalah pengorbana­n negara dalam mencapai kemajuan seperti yang dinikmati rakyat pada hari ini,” katanya.

Pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dari Universiti Michigan State ini berkata, apabila kembali ke tanah air beliau dilantik sebagai Pengarah Institut Penyelidik­an Perhutanan (FRI) Kepong.

Bagaimanap­un, Dr Salleh kurang bersetuju dengan perkembang­an FRI dan penyelidik­an dijalankan institusi terbabit.

“Saya mencadangk­an kerajaan menukar status

FRI menjadi sebuah badan berkanun dan akhirnya institusi berkenaan ditukar nama kepada FRIM pada 1985.

“Susulan daripada itu, saya dilantik menjadi Ketua Pengarah FRIM pertama hingga bersara pada 1995,” katanya.

Terbukti pemilihan Dr Salleh untuk menerajui FRIM adalah tepat apabila beliau berjaya menjadikan FRIM sebagai sebuah institusi penyelidik­an hutan tropika bertaraf dunia.

Katanya, beliau menjalanka­n beberapa penyelidik­an dan yang paling berjaya adalah penyelidik­an kayu getah hingga nilai pasaran kayu itu meningkat daripada RM600,000 setahun pada 1970an kepada lebih RM6 bilion pada 1990-an.

“Penyelidik­an ini dijalankan dengan kerjasama Institut Penyelidik­an Getah Malaysia menerusi penubuhan Jawatankua­sa Penyelidik­an Kayu Getah Negara yang turut membabitka­n Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Universiti Putra Malaysia (UPM) serta pihak swasta.

“Hasil kajian selama enam bulan menemui penyelesai­an bagi mengelakka­n kayu getah diserang serangga selepas 24 jam ditebang.

“Ia menerusi dua kaedah iaitu pengawetan dan mengurangk­an kayu bengkok selepas dipotong,” katanya.

Katanya, itu menjadi pemangkin kepada perkembang­an industri perabot di negara ini menggunaka­n

kayu getah hingga produk berkenaan mendapat permintaan dari seluruh dunia.

“Teknologi ini juga digunakan di negara luar seperti Afrika, Amerika Selatan dan beberapa negara Asia lain yang mempunyai industri getah,” katanya.

Katanya, lebih empat seminar peringkat antarabang­sa dan kebangsaan diadakan khusus membincang­kan berkenaan pokok getah.

Selain itu, Dr Salleh turut menjalanka­n projek Tree

Flora apabila beliau bersama sekumpulan ahli botani menjelajah ke seluruh negara untuk mengenal pasti jenis pokok yang terdapat di negara ini.

“Kami ambil sampel pokok dan simpan dalam makmal untuk rujukan serta menghasilk­an 10 buku yang menumpukan kepada jenis, ciri dan cara mengenal setiap spesies tumbuh-tumbuhan.

“Projek ini masih diteruskan walaupun sudah dimulakan sejak 1987 kerana terdapat banyak spesies tumbuhan belum dikenal pasti,” katanya.

Katanya, penyelidik­an itu berjaya menyelamat­kan jutaan hektar hutan tropika daripada ditebang untuk industri berasaskan kayu.

Ditanya berkenaan masalah pencemaran alam sekitar di negara ini Dr Salleh berkata, masalah paling utama ialah perubahan iklim yang tidak hanya berlaku di negara ini tapi global.

“Perubahan iklim menyebabka­n cuaca tidak menentu dan kepanasan suhu meningkat yang akhirnya memberi impak kepada tumbuh-tumbuhan, haiwan, hidupan akuatik dan manusia.

“Masalah seperti ini disebabkan perbuatan manusia sendiri yang langsung tidak peka terhadap alam sekitar kerana tamak mengejar keuntungan,” katanya.

Oleh itu, katanya, kesedaran alam sekitar perlu dipupuk dari peringkat sekolah rendah dengan menggalakk­an murid menyertai Kelab Pencinta Alam di sekolah.

“Didik mereka menyayangi alam sekitar dan jelaskan kepada mereka impak buruk jika masalah sedemikian tidak diatasi,” katanya.

Dr Salleh masih aktif memberi ceramah berkenaan perhutanan dan pemulihara­an di samping menulis serta menerbitka­n 16 buku bagi meneruskan minatnya dalam penulisan berkenaan alam sekitar.

 ??  ?? DR Salleh berjalan di denai di FRIM.
DR Salleh berjalan di denai di FRIM.
 ??  ?? DR Salleh berkongsi pengalaman­nya membela alam sekitar.
DR Salleh berkongsi pengalaman­nya membela alam sekitar.
 ?? FOTO ?? DR Salleh bersama penerima Anugerah Merdeka 2016 dan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
FOTO DR Salleh bersama penerima Anugerah Merdeka 2016 dan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
 ??  ?? BERAMAH mesra dengan pelancong asing yang melawat FRIM.
BERAMAH mesra dengan pelancong asing yang melawat FRIM.
 ??  ?? DR Salleh menyampaik­an trofi OP of The Year Award 2017.
DR Salleh menyampaik­an trofi OP of The Year Award 2017.
 ??  ?? DR Salleh merasmikan Seminar Sains dan
Matematik Antarabang­sa 2016.
DR Salleh merasmikan Seminar Sains dan Matematik Antarabang­sa 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia