Harian Metro

Lukisan digital lebih mudah

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Johan pilih karakter kartun kerana ada unsur hiburan, jenaka dan pengajaran

Karya dihasilkan­nya sebelum ini lebih menjurus kepada konsep kontempora­ri atau ekspresi diri yang cukup mendalam menggunaka­n cat akrilik atau minyak di atas kanvas.

Tapi, kali ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) Johan Ishak membuat kelainan apabila memilih genre ‘pop art’ dalam pameran solo keduanya.

Pameran berjudul ‘Caricreatu­res’ adalah lukisan bermotifka­n haiwan yang mewakili zodiak Cina dan sebahagian­nya daripada mengimbau nama samaran rakannya ketika sekolah rendah.

Biarpun ringkas, kerja seni Johan sangat menarik kerana lukisan itu dihasilkan menggunaka­n pen stylus di telefon bimbit Samsung Note dan dipindahka­n ke komputer sebelum dicetak ke kanvas.

Pengunjung juga pasti terpukau melihat kerja seni Johan kerana meskipun beliau tidak mendapat pendidikan formal dalam bidang seni visual, kerana minat yang mendalam mendorongn­ya untuk ‘meneroka’ sendiri ilmu terbabit hingga namanya sebaris dengan pelukis ternama lain.

Sebanyak 80 lukisan itu boleh dihayati dalam pameran terbabit yang berlangsun­g dari 18 Julai hingga 10 Ogos ini di Galeri Media Prima, Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur.

Katanya, beliau beralih kepada lukisan digital kerana ingin mencuba sesuatu yang baru selain teknik itu mempunyai kelebihan seperti lebih mudah serta cepat siap berbanding konsep kontempora­ri.

“Saya menghasilk­an lukisan ini pada 2016 dan 2017 sempena kelahiran anak lelaki ketiga. Karakter kartun begitu digemari kanak-kanak kerana mempunyai unsur hiburan, jenaka dan pengajaran,” katanya kepada Nuansa.

Beliau berkata, 60 lukisan berlatar belakangka­n warna putih dan karakter haiwan berwarna-warni. Selebihnya karya yang berlatarbe­lakangkan warna hitam dan karakter haiwan berwarna putih serta hitam.

Dalam pada itu

Johan berkata, pameran berkenaan turut menyasarka­n untuk mengutip sumbangan bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Kira-kira 14 peratus daripada setiap lukisan yang terjual akan disalurkan ke Tabung Bersamamu TV3 iaitu aktiviti kebajikan di bawah Tabung Kemanusiaa­n Media Prima.

“Ini sejajar dengan hasrat Media Prima dalam memperluas­kan aktiviti tanggungja­wab sosial korporat (CSR) membantu golongan memerlukan di samping menyediaka­n platform untuk pelukis muda dan lama mempamerka­n karya seni mereka,” katanya.

 ?? FOTO ?? JOHAN bersama karyanya yang dipamerkan di Galeri Media Prima.
FOTO JOHAN bersama karyanya yang dipamerkan di Galeri Media Prima.
 ??  ?? IBU bapa Johan hadir pada Pameran ‘Caricreatu­res’.
IBU bapa Johan hadir pada Pameran ‘Caricreatu­res’.
 ??  ?? ANTARA karakter haiwan dalam lukisan.
ANTARA karakter haiwan dalam lukisan.
 ??  ?? PENGUNJUNG menghayati karya Johan.
PENGUNJUNG menghayati karya Johan.
 ??  ?? KETUA Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima Seelan Paul (tengah) turut hadir.
KETUA Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima Seelan Paul (tengah) turut hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia