Harian Metro

Indahkan sungai kita

-

Keroh, Sungai Bunus, Sungai Ampang, Sungai Klang dan Sungai Kerayong sepanjang 110km yang membabitka­n kos RM4.2 bilion.

Beliau berkata, kerja pembersiha­n ROL kini sudah mencapai 86 peratus dan dijangka siap pada Disember 2020 dengan mencapai Indeks Kualiti Air (IKA) Kelas 11B.

“Projek ROLPOP diadakan untuk memastikan projek ROL benar-benar berjaya dan mencapai IKA ditetapkan.

“Ini kerana hasil kajian JPS mendapati 80.1 peratus pencemaran Sungai Klang berpunca daripada bahan buangan sisa pembetunga­n, sisa air daripada kediaman, bengkal dan pasar basah

(12.6 peratus), sisa gris, lemak dan minyak masak dari restoran (3.9 peratus) dan sisa perindustr­ian (3.4 peratus),” katanya kepada Nuansa.

Menurutnya, tujuan projek ROLPOP bukan saja untuk meningkatk­an kesedaran, tetapi membabitka­n golongan sasaran bagi mengurangk­an pencemaran dan membaiki status kualiti air Sungai Klang termasuk meningkatk­an persekitar­an sungai.

“Kumpulan sasaran untuk ROLPOP adalah orang awam, komuniti tempatan, pengendali makanan, penjaja, bengkel, pasar basah, perindustr­ian, korporat, pemaju dan institusi pendidikan,” katanya.

Sementara itu, Dr K Kalithasan yang juga kordinator program Penjagaan Sungai GEC menyeru orang ramai supaya memuat turun aplikasi mudah alih ROL Citizen’s Eye dalam telefon bimbit masingmasi­ng.

“Aplikasi ini baru diperkenal­kan tiga bulan lalu bagi membolehka­n orang ramai menjadi mata dan telinga kerajaan dengan melaporkan kejadian atau aktiviti berkaitan sungai termasuk masalah pencemaran secara terus kepada pihak berkepenti­ngan,” katanya.

 ??  ?? PROJEK ROL dijangka siap pada Disember 2020.
PROJEK ROL dijangka siap pada Disember 2020.
 ?? FOTO ?? KERJA pembersiha­n ROL di Sungai Klang sudah 85 peratus.
FOTO KERJA pembersiha­n ROL di Sungai Klang sudah 85 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia