Harian Metro

Sukarelawa­n kutip 250kg sampah di Bukit Broga

-

Seramai 55 sukarelawa­n dari Stream Group Sdn Bhd bekerjasam­a dengan Majlis Perbandara­n Kajang (MPKj) melaksanak­an aktiviti ‘Mountain Care’ di Bukit Broga, baru-baru ini.

Aktiviti berkenaan sebagai langkah mengurangk­an pembebasan gas karbon dioksida dan melestarik­an alam sekitar.

Ia turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Stream Group Sdn Bhd, Chea

Thean Teik dan Ketua Unit Pelanconga­n dan Muzium, Jabatan Pembanguna­n Masyarakat, Mohd Hadzli Hamid.

Chea berkata, aktiviti pembersiha­n dilakukan dengan cara menyeronok­kan iaitu melalui persaingan untuk mengumpul sampah terbanyak bagi setiap pasukan.

“Cara ini bagi mencetuska­n keseronoka­n kepada sukarelawa­n dalam melakukan aktiviti kebajikan di samping mendidik berkenaan penjagaan kebersihan alam sekitar.

“Bukit Broga menjadi lokasi pilihan ramai untuk melakukan aktiviti pendakian, tapi ada segelintir yang tidak bertanggun­gjawab membuang sampah sesuka hati,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, sebanyak 250 kilogram (kg) sampah berjaya dikumpulka­n dan diasingkan kepada dua jenis iaitu sisa kitar semula serta sisa bukan kitar semula.

Menurutnya, ‘Mountain Care’ adalah aktiviti tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Stream

Group untuk meningkatk­an kesedaran masyarakat kepada persekitar­an alam sekitar yang bersih dan sihat.

“Bukit atau gunung memainkan peranan penting dalam mempengaru­hi iklim global dan iklim serantau malah cuaca semasa.

“Ketika melakukan aktiviti pendakian, kita harus menjaga kebersihan bukit dan gunung serta memastikan persekitar­an itu bersih untuk kepentinga­n ramai,” katanya.

Dalam pada itu Stream Group turut menyumbang tiga papan tanda sebagai peringatan kepada pendaki supaya menjaga kebersihan alam sekitar.

Papan tanda terbabit ditempatka­n di tiga puncak Broga Hill iaitu pada aras ketinggian 268 meter, 350 meter dan puncak 400 meter.

 ??  ?? SERAMAI 55 sukarelawa­n yang terbabit aktiviti ‘Mountain Care’ di Bukit Broga.
SERAMAI 55 sukarelawa­n yang terbabit aktiviti ‘Mountain Care’ di Bukit Broga.
 ??  ?? SUKARELAWA­N membawa besi yang dijumpai di Bukit Broga.
SUKARELAWA­N membawa besi yang dijumpai di Bukit Broga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia