Harian Metro

MEMARTABAT MEK MULUNG

-

drama.

Menariknya, pementasan berkenaan turut disertai penuntut bukan Melayu, Danesh Raj Nagarajan yang diberi kepercayaa­n memegang watak Mak Inang Itam.

Berkongsi pengalaman, Danesh mengakui gembira kerana diberi peluang oleh pihak produksi untuk memegang watak penting dalam pementasan berkenaan.

“Walaupun tidak asing lagi dengan persembaha­n kesenian Melayu terutama tarian tradisiona­l, perasaan gementar tetap ada untuk menjayakan pementasan ini.

“Iakeranasa­yadan pelakon lain tidak hanya perlu membawakan watak dengan baik tetapi penjiwaan karakter berkisar kehidupan di istana Kedah perlu dibawa secara berhati-hati demi memelihara kesenian mek mulung yang semakin dilupakan.

“Namun, semuanya berjalan lancar hasil kerjasama dan komitmen semua dalam memainkan peranan masing-masing ,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Kanan Pusat Kebudayaan UM Aida Nurul Ain

Abd Rahman berkata, pementasan Hikayat Dewa Kaca dilihat selari dengan wawasan pihaknya dalam memartabat­kan warisan kesenian dan kebudayaan tempatan.

“Masa depan seni tradisi tempatan seharusnya kita jaga demi kelestaria­nnya supaya nilai kemanusiaa­n yang murni di dalam masyarakat Melayu terus terpelihar­a.

“Salah satunya menerusi inisiatif sebegini dan bersama-sama menora, makyung, wayang kulit dan hadrah, mek mulung seharusnya diangkat sama tinggi sebagai warisan tradisi Melayu yang perlu dipelihara.

“Kelangsung­an kesenian mek mulung ini juga secara tidak langsung membuktika­n budaya Melayu itu sebenarnya penuh adab dan sopan serta mementingk­an hubungan baik antara individu,” katanya.

 ??  ?? AKSI spontan Danesh (kanan) yang mencuit hati penonton.
AKSI spontan Danesh (kanan) yang mencuit hati penonton.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N tarian antara elemen yang diketengah­kan dalam
pementasan Hikayat Dewa Kaca.
PERSEMBAHA­N tarian antara elemen yang diketengah­kan dalam pementasan Hikayat Dewa Kaca.
 ??  ?? SALAH satu adegan dalam pementasan Hikayat Dewa Kaca.
SALAH satu adegan dalam pementasan Hikayat Dewa Kaca.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia