Harian Metro

Keaslian wajah terpelihar­a

- DARI MUKA H53

"Teknik yang saya gunakan ini sesuai untuk mereka yang tidak gemarkan solekan tebal dan berlapis-lapis. Nampak saja hasil solekan macam tebal tapi yang penting masih kekalkan keaslian wajah.

"Sesetengah orang sangka akan ambil masa panjang untuk sempurnaka­n solekan ini tapi sebenarnya ia boleh disiapkan dengan pantas cuma teknik perlu betul mengikut kulit," katanya.

Menurut Fazleen, sebelum mengenakan sebarang mekap, sapuan lembapan dan primer sangat penting bagi memastikan kulit tidak kering dan merekah sekali gus membantu memberi solekan tahan lebih lama.

Selain itu, teknik mencampurk­an bedak asas cecair dengan pelembap dan primer untuk mendapatka­n solekan yang lancar serta cantik. Serum juga digalakkan untuk dicampur bersama.

Solekan ini juga lebih menumpukan pada bahagian mata dan anda boleh bermain dengan kreativiti termasuk menggunaka­n pengilat (glitter) untuk mata agar tampak bercahaya dan menyerlah.

"Pilihan bedak asas jenis cecair mudah disesuaika­n dengan warna kulit berbeza. Namun, sebaik-baiknya pilih satu ton yang lebih cerah daripada kulit dan ratakan dengan teknik menekap," katanya.

Tonjolkan wajah berseri dengan sedikit sapuan penyerlah pada bawah mata, dahi, hidung, tepi mulut dan dagu. Ia juga membantu memberi kesan struktur wajah yang lebih jelas dan lebih menonjol dalam rakaman gambar.

Penggunaan teknik bayangan juga sangat penting supaya bahagian seperti hidung, tulang pipi, rahang dan tepi muka serta dahi kelihatan lebih menyerlah.

Lebihkan warna manis seperti merah jambu, pic, jingga dan tanah jenis bebas kilau sebagai asas pada kelopak mata bagi membantu menyerlahk­an mata menawan diikuti sapuan pengilat. Celak

Boleh disiapkan dengan pantas cuma teknik perlu betul mengikut kulit

berwarna krim atau merah jambu lembut digalakkan supaya mata kelihatan lebih besar dan menyerlah.

Kemudian, pemerah pipi rona merah jambu disapu di bahagian pipi dan tulang pipi diikuti rona merah jambu lebih lembut pada bahagian bawah mata agar mata tampak lebih bermaya.

Jelasnya, untuk bahagian kening, sekiranya kening jenis tebal dan hitam, digalakkan melembutka­nnya dengan pensel kening rona coklat manakala untuk si kening nipis, sederhanak­an kelebaran kening supaya tidak nampak kaku.

Solekan diakhiri dengan olesan gincu menggunaka­n teknik ombre atau dua ton warna.

 ??  ??
 ??  ?? 1. WAJAH sebelum disolek
2. RATAKAN bedak asas yang dicampur pelembap dan primer di seluruh wajah.
3. GUNAKAN penyamar noda untuk menutup cela di kulit.
4. SAPUAN pembayang mata bebas kilau sebagai asas diikuti pengilat.
5. TEKNIK bayangan untuk...
1. WAJAH sebelum disolek 2. RATAKAN bedak asas yang dicampur pelembap dan primer di seluruh wajah. 3. GUNAKAN penyamar noda untuk menutup cela di kulit. 4. SAPUAN pembayang mata bebas kilau sebagai asas diikuti pengilat. 5. TEKNIK bayangan untuk...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia