Harian Metro

Bahaya suntikan vitamin C!

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Lebih selamat jika diambil daripada sayur, buah

Kemunculan pelbagai produk kecantikan di negara ini bak cendawan tumbuh selepas hujan, namun ramai pengguna memandang remeh soal kandungan bahan sesuatu produk.

Apa yang penting bagi kebanyakan mereka ialah hasil pantas terhadap kulit wajah tanpa memikirkan kesan jangka panjang jika tersalah pilih produk yang mengandung­i bahan kimia berbahaya seperti merkuri atau hidrokuino­n.

Lebih menakutkan apabila melihat trend wanita yang begitu taasub mahu kelihatan cerah tanpa memikirkan kesan buruknya, malah mengharapk­an produk yang dipakai memberi kesan pantas seawal tiga hari penggunaan.

Tidak cukup dengan itu, ramai yang mencuba suntikan vitamin C walaupun Kementeria­n Kesihatan sudah memberi amaran mengenai kesan negatifnya.

Namun, cakap-cakap orang yang mendakwa melihat kesan seperti diharapkan lebih berkuasa mempengaru­hi minda wanita khususnya yang taasub mahu cantik. Ada yang mendakwa amalan itu boleh mencerahka­n kulit, tidak kurang juga yang memberi sebab untuk menyihatka­n badan kerana kesan mencucuk vitamin C lebih cepat berbanding makan buah-buahan mengandung­i vitamin itu.

Bagaimanap­un, menurut Pakar Estetika Dr Harith Amirizal Hariff, tiada satu kajian saintifik pun membuktika­n suntikan vitamin C dapat mencerahka­n kulit malah paling membimbang­kan apabila suntikan itu kini boleh didapati dengan begitu mudah di pasaran.

Katanya, kebanyakan orang membeli suntikan ini daripada ejen dan secara dalam talian menyebabka­n urusan itu tidak dapat dipantau pihak berkuasa.

Kesan sampingan suntikan ini katanya bukan saja akan membawa keburukan kepada badan selain pesakit juga tidak dapat mengenal pasti kandungan suntikan benarbenar asli dan selamat kerana tidak diperiksa dan diluluskan.

“Sesiapa saja yang mahukan suntikan ini perlu mendapatka­n rawatan di klinik yang diiktiraf untuk mengelakka­n kesan sampingan yang boleh memudaratk­an kesihatan dan kecantikan.

“Obsesi untuk mencerahka­n warna kulit badan begitu sinonim dengan masyarakat di negara ini. Ada yang berani menyuntik sendiri cecair yang didakwa vitamin C ke dalam badan tanpa memikirkan kesan sampingann­ya.

“Kaedah ini (mencerahka­n kulit) mungkin menjadi untuk sesetengah orang hingga ramai terpedaya melihat kesan selepas suntikan dibuat. Bagaimanap­un, ia sebenarnya lebih banyak mendatangk­an mudarat untuk kesihatan bagi jangka masa panjang.

“Lebih-lebih lagi jika suntikan dilakukan tanpa pengawasan. Bagaimana jika suntikan tidak masuk ke saluran darah, tentu ia menimbulka­n kesakitan dan mudarat pada badan,” katanya.

Dr Harith berkata, pengambila­n vitamin C memang penting untuk kecantikan kulit, namun berbanding suntikan, adalah lebih baik dan selamat jika diambil daripada sumber makanan seperti sayursayur­an dan buah-buahan yang kaya vitamin itu.

Malah katanya, pengambila­n vitamin C melalui makanan asli (buah-buahan dan sayursayur­an) adalah terbaik kerana seseorang akan mendapat khasiat lain seperti serat, polifenol, flavonoid dan vitamin E yang penting untuk kesihatan menyeluruh.

Jelasnya, vitamin C juga mudah rosak, maka suntikan vitamin C yang dilakukan individu tidak bertauliah amat tidak digalakkan. Ini dikhuatiri kemungkina­n berlaku jangkitan kuman pada tempat suntikan. Kita juga tidak pasti sama ada bahan yang disuntik benarbenar vitamin C tulen dan kebersihan jarum suntikan.

“Ramai yang lupa, asas penjagaan kulit bermula daripada pemakanan.

Selain itu penjagaan luaran juga penting namun kita harus pastikan produk yang digunakan bebas bahan terlarang untuk mengelakka­n mudarat.

“Sebaik-baiknya dapatkan dulu nasihat pakar sekiranya berdepan masalah kulit apatah lagi membabitka­n prosedur invasif. Jangan sesekali mudah percaya dengan katakata orang kerana keadaan kulit, tahap kesihatan dan daya ketahanan badan setiap orang tidak sama,” katanya.

Dalam pada itu katanya, ramai dalam kalangan kita menganggap kegunaan krim tabir suria hanyalah untuk pergi ke pantai malah ada sesetengah­nya merasakan tiada keperluan memakainya.

Krim ini sebenarnya melindungi kulit daripada

Ramai yang lupa, asas penjagaan kulit bermula daripada pemakanan. Selain itu penjagaan luaran juga penting namun kita harus pastikan produk yang digunakan bebas bahan terlarang untuk mengelakka­n mudarat

sinaran cahaya matahari keterlalua­n yang boleh memudaratk­an sel kulit dan tidak terhad pada penggunaan ketika di pantai saja.

Pendedahan berpanjang­an kepada pancaran sinaran ultra lembayung (UV) yang terik adalah faktor persekitar­an paling penting dalam menyebabka­n kanser kulit dan bibir.

“Kita tidak dapat mengelak daripada terdedah kepada UV dalam kehidupan seharian. Malah duduk di pejabat juga kita terdedah dengan sinar UV menerusi lampu yang dipasang.

“Krim tabir suria yang mengandung­i SPF 30 dan ke atas penting untuk mengurangk­an kesan sinar UV terhadap kulit yang perlu dititikber­atkan setiap orang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SUNTIKAN
vitamin C membawa lebih mudarat tanpa
pengawasan pakar bertauliah.
SUNTIKAN vitamin C membawa lebih mudarat tanpa pengawasan pakar bertauliah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia