Harian Metro

Kesan selembut sutera

- DARI MUKA H51 KEBAIKAN RAWATAN

"Tidak perlu bimbang mengenai isu kulit gatal atau radang. Dalam masa kira-kira 20 hingga 30 minit, pengelupas­an basah oleh SilkPeel ini memberikan kulit anda kesan selembut sutera, terhidrat, bersinar dan sihat.

"Ia prosedur menggabung­kan penggunaan mesin ini dan rangkaian produk yang membantu membekalka­n khasiat diperlukan kulit.

"Rawatan ini dilakukan oleh pakar atau terapi kecantikan terlatih dan tidak menyakitka­n. Sesetengah rawatan memerlukan tempoh penyembuha­n sekurangku­rangnya seminggu untuk kulit membina semula sel baru tapi sebaliknya bagi perawatan ini kerana kesan dapat dilihat sebaik rawatan selesai," katanya.

Istimewany­a mengenai SilkPeel ini ialah penggunaan hujung aplikasi yang dilengkapi sistem vakum dan berlian gred perubatan yang berfungsi memaksimum­kan penyerapan cecair daripada produk rawatan ke dalam kulit.

Hujung aplikasi itu juga menyedut sel kulit mati, bintik putih, bintik hitam dan cela serta lebihan minyak pada wajah.

"Selepas melalui rawatan yang pertama, proses untuk rawatan susulan juga semakin berkesan dan mudah.

"Rawatan ini sebenarnya sesuai untuk masalah kekeringan kulit, kecerahan tidak sekata dan kulit berjerawat, pigmentasi hiper dan selaran matahari. Selain itu, ia selamat untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

"Selepas rawatan, kulit akan terasa sedikit panas tapi tidak sakit dan lebih berseri, bagaimanap­un kesan ini akan hilang selepas 30 minit, apa yang tinggal ialah kulit anda yang selicin dan selembut sutera," katanya.

Menariknya, rawatan ini hanya mengambil masa selama 30 hingga 45 minit dan kesannya boleh dilihat biarpun rawatan tidak mengambil masa

Rawatan SilkPeel hanya ambil masa selama 30 hingga 45 minit

yang lama.

Untuk rawatan ini, cecair solusi yang sesuai dengan jenis kulit akan digunakan dan ia terdiri dari beberapa jenis iaitu:

Skin clarifying solution yang menggunaka­n asid salisilik untuk merawat jerawat pada wajah.

Skin hydration formula untuk merawat kulit wajah kering, meningkatk­an ketebalan epidermis dan mengurangk­an garis halus dan kedutan.

Lumixyl Pro-Infusion untuk merawat pigmentasi, tompok gelap dan membuat kulit wajah berseri dan bersinar.

Vitamin C skin hydration solution untuk detoks dan memberi kesan keremajaan pada kulit wajah.

Pore clarifying Pro-infusion membantu merawat jerawat dan mengurangk­an keradangan.

Melicinkan kulit dan menghidrat untuk kilauan segar pada wajah.

Menghilang­kan kotoran pada liang pori wajah dan mengurangk­an jerawat.

Mencerahka­n pigmentasi untuk kulit wajah yang seragam dan sekata.

Antipenuaa­n dan faedah antioksida yang kuat.Yusliza Yakimir Abd Talib

 ??  ?? Rawatan ini sebenarnya sesuai untuk masalah kekeringan kulit, kecerahan tidak sekata dan kulit berjerawat, pigmentasi hiper dan selaran matahari
Rawatan ini sebenarnya sesuai untuk masalah kekeringan kulit, kecerahan tidak sekata dan kulit berjerawat, pigmentasi hiper dan selaran matahari
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia