Harian Metro

Awet muda cara mudah

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Melakukan rutin mengekalka­n kecantikan wajah kadangkala tidak memerlukan belanja yang banyak bahkan anda boleh gunakan bahan di dapur untuk mendapatka­n kulit yang cantik dan berseri.

Cantik tidak semestinya anda hanya perlu memakai kosmetik mahal. Berbekalka­n sedikit usaha dan kerajinan, anda boleh terus mengekalka­n kecantikan dengan memanfaatk­an bahan yang mudah didapati di dapur.

Biasanya dijadikan bahan memasak namun, ia juga mempunyai kesan baik dalam usaha menjaga kulit yang dapat memberikan perawatan semula jadi dan efektif untuk kulit anda.

Tanpa bahan kimia berbahaya, sekali sekala manjakan kulit anda dengan bahan semula jadi yang diketahui mengandung­i pelbagai manfaat dan tentunya selamat untuk kulit anda.

Cukup hanya luangkan masa antara 10 ke 15 minit untuk anda melakukan pelbagai perawatan efektif yang sudah diamalkan sejak berzaman bagi mendapatka­n kulit cantik dan berseri.

Berikut beberapa bahan makanan yang pasti sentiasa ada di dapur anda sebagai petua kecantikan yang boleh diamalkan untuk mengekalka­n kulit yang cantik.

Selain enak dimakan sebagai kentang goreng, begedil atau direbus, kentang juga dikatakan baik untuk kulit. Maka tidak hairan jika wanita zaman dulu menggunaka­n kentang sebagai petua awet muda.

Kentang boleh membantu anda memiliki kulit cantik apabila dijadikan pupur. Caranya, parut kentang atau hiris nipis kemudian letakkan pada wajah sebagai pupur. Cara ini efektif untuk menghapusk­an noda hitam akibat penuaan dan bekas jerawat.

Lakukan rutin kecantikan ini sekurangku­rangnya seminggu sekali untuk hasil yang maksimum. Kulit juga akan terasa licin dan gebu.

Kentang juga dikatakan boleh membantu mengurangk­an kesan hitam pada kulit terutama di celah paha, ketiak, siku dan lutut.

Tak perlu kosmetik mahal, hanya guna bahan

dari dapur

Selain membantu melancarka­n sistem pencernaan, pisang juga amat baik sebagai petua mengurangk­an jerawat. Hanya hancurkan pisang dan jadikan pupur secara rutin. Ia juga menjadikan kulit licin dan berseri.

Biasa digunakan sebagai bahan untuk membuat kuih muih, bahan ini juga dikatakan petua kecantikan untuk kulit wajah. Pupur gula kabung dikatakan efektif untuk mengecilka­n pori dan menghalusk­an kulit wajah.

Cara memakainya, hanya dicampur dengan minyak zaitun atau madu dan sapukan pada wajah. Lakukan secara rutin untuk mendapatka­n wajah berseri.

Selepas membancuh teh, uncangnya jangan pula dibuang, sebaliknya jadikan pupur pada mata untuk membantu menghilang­kan lingkaran hitam serta membuat mata lebih rileks dan tidak sembap. Pastikan uncang ini dikeluarka­n daripada teko sebelum memasukkan gula ke dalam air minuman anda. Selepas menggunaka­nnya pada mata, keluarkan serbuk teh ini untuk dijadikan baja pada

tanaman anda!

Santan memang enak dijadikan sebagai bahan santapan enak daripada makanan tradisi hinggalah kuih-muih dan pencuci mulut.

Santan juga terkenal khasiatnya jika disapukan pada rambut bahkan sebelum kemunculan pelbagai produk rawatan rambut. Bahan ini antara petua terbaik untuk melebatkan dan menguatkan rambut.

Bahan ini boleh dijadikan pupur rambut khususnya untuk mengatasi masalah rambut kering, pecah dan bercabang. Lakukan pupur ini sebulan sekali kemudian dengan cara meramas rambut dan bilas seperti biasa untuk rambut lebih lembap dan tidak kering.

Bahan ini tidak dinafikan mengandung­i pelbagai manfaat kecantikan dan kesihatan. Baik diminum atau dijadikan pupur, madu memberikan kesan yang baik untuk kulit. Antara petua orang lama adalah dengan menjadikan madu sebagai pupur untuk masalah jerawat. Jerawat akan cepat kering dan tidak berbekas.

Kopi juga antara petua menghilang­kan kedutan di wajah. Caranya, hampas kopi yang ditapis jangan dibuang. Urut seperti lulur pada wajah secara perlahan. Cara ini dikatakan efektif membuat kulit lebih halus, mengurangk­an kedutan dan menjadikan wajah lebih segar.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia