Harian Metro

Syampu antikusut

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Buat rambut licin, beralun

dan ringan

Isu utama diberi tumpuan oleh syampu tanpa silikon ialah pengumpula­n silikon pada rambut yang boleh ‘memberatka­n’ rambut dan mencegah rasa ‘ringan’ pada rambut yang baru dicuci.

Oleh itu, Lux Luminique mempunyai formulasi pembersiha­n mendalam tanpa silikon yang menangani isu itu dengan teknologi antikusut untuk memberikan anda rambut licin, beralun dan ringan.

Terbaru, jenama penjagaan rambut tanpa silikon di Jepun kini boleh didapati di negara ini hadir dengan tiga siri baru makanan super: Acai Straight, Goji Berry Moist dan Botanical Pure.

Kombinasi teknologi penjagaan rambut dan bahan eksklusif, menghasilk­an produk yang bukan saja menawarkan manfaat sebenar, tetapi juga haruman yang boleh dinikmati ketika mandi.

Gambaran terbaik bagi manfaat produk itu adalah melalui buihnya yang halus, mewah dan berkrim menyaluti rambut ketika anda menggunaka­nnya. Buih berkrim ini mencegah geseran dan mengurangk­an kerosakan semasa ritual penjagaan rambut anda.

Lux Luminique Acai Straight diadun teliti dengan ekstrak ros beri acai, shea butter organik dan ekstrak rasberi hitam untuk semua jenis rambut terutama rambut rosak. Kaya dengan vitamin E, ia membantu membaiki rambut rosak, mengurangk­an rambut gugur disebabkan kusut dan menyinar dari dalam.

Goji Berry Moist pula melindungi rambut anda dari terasnya. Ia mengekalka­n keanjalan rambut semula jadi untuk kelembapan berpanjang­an dan membuat rambut lebih ringan.

Botanical Pure pula mengandung­i bahan botani dan tujuh pati minyak asli untuk kesegaran mendalam bagi semua jenis rambut. Diadun dengan minyak biji anggur, argan, lidah buaya dan ekstrak teh hijau, syampu dan perawatan ini meninggalk­an rambut kekal lembap dan bebas kusut tanpa bebanan tambahan pewarna tiruan.

Jenama ini memenuhi keperluan meningkat untuk pengguna syampu tanpa silikon dengan kualiti yang tinggi dan bahan semula jadi, teknologi hebat dan haruman yang dihasilkan oleh pakar wangian bertaraf dunia.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia