Harian Metro

Mudahnya memasak...

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Dapur Chef Zam didik penonton cara, guna peralatan betul

Selepas menerbitka­n program masakan Biscoti yang disiarkan Ramadan lalu, Cef Zam dengan program terbaru Dapur

Chef Zam menampilka­n segmen menarik di samping mendidik masyarakat bagaimana hendak memasak dengan betul menggunaka­n peralatan yang betul.

Menceritak­an mengenai program diterbitka­n sendiri itu, Cef Zam atau nama sebenarnya Zamzani Abdul Wahab, Dapur Chef Zam yang disiarkan setiap Ahad, jam 9.30 malam di TV Okey, menjelaska­n ia berupa program ketiga dihasilkan untuk RTM.

Peringkat awalnya tajuk rancangan terbabit lain, bagaimanap­un pihak RTM sendiri meminta agar ia menggunaka­n judul Dapur Chef Zam

Program masakan ini bersiaran selama setengah jam dengan menampilka­n tiga segmen, iaitu memasak dengan cara bakar dan panggang.

“Segmen kedua penyediaan hidangan ala fusion dan ketiga Manis menampilka­n pelbagai resepi pencuci mulut. Menerusi Dapur Chef Zam ia menampilka­n masakan antarabang­sa, tetapi mudah dan boleh menggunaka­n bahan yang ada di sini.

“Sekarang ini pun kalau kita lihat ada juga bahan luar yang sudah dibawa masuk. Tak susah untuk cari. Begitu pun saya cuba memberi idea apabila memasak terutama apabila mencari barangbara­ng ganti yang susah untuk didapati atau tidak halal digunakan.

“Mengambil contoh untuk memasak yang mengunakan wain ia boleh digantikan dengan jus lemon. Mereka yang duduk di luar bandar susah untuk mendapatka­n ‘cream’ boleh saja memasak pakai susu biasa.

“Program ini banyak memberikan cadangan bahan gantian. Jadi mereka yang duduk di kampung tidak bermakna mereka tidak boleh menikmati makanan luar, apa yang penting mereka harus lebih kreatif,” katanya.

Menampilka­n artis undangan sebagai jemputan dalam setiap episod kecuali episod terakhir, kata Cef Zam kalau mengikut kehendak sendiri dia lebih selesa memasak dan mengacara sendirian di dapur.

“Saya selesa masak sendiri dan mengacara di dapur kerana lebih banyak info boleh dikongsi. Kalau ada artis jemputan ini lebih banyak ‘meraban’.

“Bagaimanap­un, untuk dapur Cef Zam artis bukan saja menjadi penyeri sebaliknya mereka sama naik memasak dan belajar.

“Mengambil contoh Neelofa yang terbabit dalam salah satu episod tidak segan silu menyinsing lengan membantu menggaul bahan untuk panggang kaki kambing,” katanya.

Selain Neelofa antara selebriti lain terbabit dalam Dapur Chef Zam ialah Saharul Ridzwan, Adibah Noor, Amber Chia, Umie Aida, Zulin Aziz, Zara Zya dan Azrel Ismail.

Kata Chef Zam lagi, selalunya bagi program yang mempunyai artis jemputan, andai program diterbitka­n 13 episod maknanya 13 artis akan ditampilka­n.

Memberikan kelainan untuk program ini, untuk episod terakhir, Cef Zam akan mengendali­kannya sendirian bagi memberikan fokus kepada pembelajar­an selepas 12 episod program diterbitka­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia