Harian Metro

Bomba bakar kedai

- Amrullah Abdul Karim cnews@nstp.com.my

 21 peserta kursus jalankan siasatan mengikut situasi sebenar

Sengaja bakar bangunan menempatka­n kedai runcit, asrama pekerja dan pejabat bagi membolehka­n peserta kursus penyiasata­n kebakaran Bomba dan Penyelamat Malaysia menjalanka­n siasatan mengikut situasi sebenar.

Kebakaran besar itu sengaja dilakukan di premis terletak di Jalan Padang Tembak di sini, jam 9.55 pagi semalam.

Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah, Pesuruhjay­a Bomba Kanan Md Ali Ismail berkata, kebakaran membabitka­n bangunan Simulator Penyiasata­n Kebakaran khusus sebagai latihan kepada peserta kursus penyiasata­n kebakaran.

Beliau berkata, kemusnahan itu antara pelengkap latihan peserta kursus yang perlu berdepan dengan sikebakara­n sebenar semenggala­s belum mereka tanggungja­wab sebagai peBahagian gawai di Penyiasimu­lator satan Kebakaran.

“Ketiga-tiga itu dibakar dan peserta kurpenyias­atan sus membuat membabitka­n lima skop siasatan iaitu tempat bersumber mula kebakaran,

yalaan, punca kebakaran,

keadaan kebakaran dan kebakaran secara sengaja.

“Dengan latihan efektif dan efisyen ini, peserta tentunya mampu melaksanak­an tugas penyiasata­n sebenar dalam sebarang situasi berdasarka­n kaedah dipelajari,” katanya.

Seramai 21 petuasi

serta kursus terbabit dalam latihan yang turut disaksikan wakil agensi kerajaan dan keselamata­n termasuk polis, Jabatan Kerja Raya (JKR), pejabat penghulu dan pemimpin masyarakat.

Kursus dua minggu itu mendedahka­n peserta kepada teori berdasarka­n rujukan Akta Perkhidmat­an

Bomba 1988 (Akta 341) dan Standard National Fire Protection Associatio­n (NFPA) 921 - Guide for Fire Expdata, losion Investigat­ion.

Md Ali berkata, hasil siasatan kebakaoleh ran pegawai di bahagian itu tidak boleh disangkal atau dinafikan ke rana kaedah siasatan yang dilaksanak­an berdasarka­n kaedah saintifik berpanduka­n NFPA 921 yang diguna pakai di peringkat antarabang­sa.

Ujarnya, kaedah penyiasata­n saintifik dilakukan melalui tujuh langkah iaitu mengenal pasti keperluan, menentukan masalah, pengumpula­n data, analisis membangunk­an hipotesis, menguji hipotesis dan memilih hipotesis akhir.

“Sumber kebakaran kebiasaann­ya dilihat sama ada semula jadi, kemalangan atau sengaja bakar. Sengaja bakar biasanya daripada sampah atau niat jahat,” katanya.

 ??  ?? MD Ali ketika memberi taklimat kepada wakil agensi kerajaan yang hadir menyaksika­n simulasi penyiasata­n kebakaran di akademi tersebut, semalam.
MD Ali ketika memberi taklimat kepada wakil agensi kerajaan yang hadir menyaksika­n simulasi penyiasata­n kebakaran di akademi tersebut, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia