Harian Metro

‘Serangan’ samseng jalan raya

- Faris Fuad faris.fuad@nstp.com.my

 Dua penumpang, pemandu kenderaan cemas kenderaan dirempuh pacuan empat roda

Dua penumpang dan pemandu sebuah kenderaan menempuh detik cemas apabila kenderaan dinaiki dirempuh pacuan empat roda dipandu ‘samseng jalan raya’ berulang kali.

Kejadian berlaku berhampira­n kawasan Sri Damansara Industrial Park, di sini, jam 9 malam Khamis lalu, dilakukan lelaki tempatan berusia sekitar 40-an.

Kejadian ancaman pembuli jalan raya itu sempat dirakam mangsa dipercayai menggunaka­n kamera DVR atau dashcam (untuk merakam pemanduan) sebelum tular di media sosial termasuk Facebook.

Berdasarka­n rakaman, suspek didapati sengaja memotong kenderaan mangsa secara berbahaya sebelum merempuh sisi kanan kenderaan itu.

Suspek kemudian memberhent­ikan pacuan empat roda Mitsubishi Triton dipandu sebelum keluar dari kenderaan.

Berlaku pertengkar­an antara suspek dan mangsa sebelum lelaki itu masuk semula ke dalam kenderaann­ya.

Suspek yang tidak berpuas hati kemudian mengundurk­an kenderaan dan merempuh bahagian hadapan kenderaan mangsa sebanyak dua kali.

Kejadian itu menyebabka­n mangsa yang berada di dalam kenderaan menjerit ketakutan sebelum suspek memecut meninggalk­an lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu dan masih menjalanka­n siasatan.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ancaman jenayah.

 ??  ?? RAKAMAN kamera DVR tular di media sosial termasuk Facebook.
RAKAMAN kamera DVR tular di media sosial termasuk Facebook.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia