Harian Metro

‘Pegawai’ SSM minta duit selesai kes mahkamah

-

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) mengingatk­an orang ramai tidak mudah terpedaya sekiranya menerima panggilan telefon mendakwa kakitangan SSM kerana ia dikhuatiri panggilan palsu.

Ini susulan aduan diterima SSM daripada seorang pengadu yang hampir terpedaya dengan panggilan palsu berkenaan.

Dalam satu kenyataan media semalam, SSM berkata, pengadu menerima satu panggilan daripada individu mendakwa sebagai pegawai SSM.

“Baru-baru ini, SSM menerima aduan iaitu pengadu menerima panggilan scam daripada seseorang yang menyamar sebagai pegawai SSM.

‘Pegawai’ ini mendakwa pengadu memiliki sebuah syarikat yang terbabit dalam kes mahkamah dan meminta wang daripada pengadu untuk menyelesai­kan kes mahkamah berkenaan.

“Pengadu yang sangsi akan panggilan itu membuat

>>Gejala berkenaan yang kini disifatkan seperti barah kepada masyarakat nelayan

semakan dengan SSM dan mendapati syarikat itu tidak wujud.

“SSM yang menerima aduan mengenai panggilan ini turut membuat siasatan dan mendapati syarikat berkenaan tidak wujud,” katanya.

SSM berkata, orang awam diingatkan supaya sentiasa berwaspada serta mendapatka­n maklumat dan pengesahan lanjut daripada pihak SSM berhubung mana-mana syarikat atau perniagaan yang diberitahu oleh penyamar atau pengendali penipuan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.

“Orang ramai juga boleh menghubung­i pejabat SSM berdekatan bagi mendapatka­n maklumat lanjut berhubung penipuan berkenaan atau membuat aduan di laman sesawang rasmi SSM di ssm.com.my atau hubungi Hotline SSM di talian 03-2299 4400,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia