Harian Metro

Anak, isteri ketagih ketum

- Siti Salmiah A Hamid salmiah@nstp.com.my

 Gejala sampai ke tahap kritikal terutama dalam keluarga nelayan di utara tanah air

Bukan hanya babitkan nelayan, malah gejala penyalahgu­naan ketum dikesan merebak dalam kalangan keluarga nelayan termasuk isteri dan anak.

Perkara itu didedahkan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) yang bimbang masalah itu semakin menular dan sukar dibendung.

Sehubungan itu, Pengerusin­ya, Ahmad Rudin Husain meminta Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) turut sama menangani gejala berkenaan yang kini disifatkan seperti barah kepada masyarakat nelayan di utara tanah air.

Katanya, penyalahgu­naan ketum itu semakin merebak membabitka­n seluruh keluarga nelayan di beberapa lokasi seperti Kuala Kedah.

Beliau mendedahka­n perkara itu ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NEKMAT Kali Ke-33/2018 di sini, kelmarin.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub ketika merasmikan majlis itu berkata, kementeria­nnya akan menyelesai­kan masalah penagihan dadah dan ketum dalam kalangan keluarga nelayan menerusi pendekatan pendidikan serta keagamaan bagi meningkatk­an kesedaran golongan berkenaan.

Katanya, masalah berkenaan tidak hanya membabitka­n kementeria­nnya semata-mata.

“Kita akan turut meminta kerjasama agensi lain dan beberapa kementeria­n lain seperti Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementeria­n Belia dan Sukan serta Kementeria­n Kesihatan.

“Sekiranya kes penagihan berkenaan mencapai satu tahap yang kritikal maka perkara ini akan diputuskan di Kabinet untuk kita perangi gejala dadah dan penagihan ketum dalam kalangan keluarga nelayan,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin dan Ketua Setiausaha MOA, Datuk Mohd Salehuddin Hassan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia