Harian Metro

Dituduh tipu dalam skim pelaburan Kebas duit denda

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@nstp.com.my

Petaling Jaya: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam skim pelaburan Yayasan PBI Sedunia berjumlah RM121,500, Mei tahun lalu.

Bagaimanap­un, Tham Yik Keong, 49, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.

Difahamkan, Yayasan PBI Sedunia menawarkan pakej dan keuntungan berlipat kali ganda antara 15 dan 20 peratus selama 15 bulan.

Mengikut pertuduhan, Tham didakwa menipu Chim Boon Chong, 48, dengan memperdaya­kannya untuk melabur dalam skim pelaburan Yayasan PBI Sedunia yang tidak wujud.

Perbuatan itu mendorong Chim menyerahka­n wang sebanyak RM121,500 yang mana dia tidak akan menyerahka­n wang itu sekiranya tidak diperdayak­an sedemikian.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di kaunter Bank OCBC, Bandar Puteri Puchong dekat sini pada 15 Mei 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, V V Suloshani mencadangk­an jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Peguam, Lim Yoi Ping yang mewakili tertuduh dalam rayuannya memohon jaminan atas alasan anak guamnya dan isteri tidak bekerja selain mempunyai lima anak.

Mahkamah membenarka­n jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin selain pasport diserahkan kepada mahkamah. Tertuduh membayar jaminan itu.

Tarikh 5 September depan ditetapkan untuk serahan dokumen.

Seorang bekas kakitangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur mengaku tidak bersalah atas 18 pertuduhan salah guna wang berjumlah RM61,000 yang dibayar 18 individu untuk pembayaran denda, tiga tahun lalu.

Shahnaz Khan Kamarzaman, 37, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi, semalam.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-18, tertuduh yang ketika kejadian bertugas sebagai Pembantu

 Lelaki tak mengaku salah guna RM61,000 milik 18 individu

Operasi di Unit Pendaftara­n Mahkamah Sesyen & Ma jistret (Jenayah) dengan curangnya menyalahgu­nakan harta iaitu wang tunai berjumlah RM61,000.

Wang itu dibayar oleh 18 individu untuk pembayaran denda bagi kes tangkap tertuduh yang didakwa di mahkamah.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Sultan Abdul Halim, antara jam 10 pagi dan 4.30 petang, antara 16 Februari 2015 dan 3 Julai 2015.

Dakwaan terhadapny­a dikemukaka­n mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abdul Rashid Sulaiman manakala tertuduh diwakili peguam PG Cyril dan Farhan Read. Terdahulu, Abdul Rashid menawarkan jaminan RM70,000 untuk kesemua pertuduhan serta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM dan pasport di serahkan kepada mahkamah.

Cyril bagaimanap­un memohon mahkamah memberikan jaminan yang rendah kepada tertuduh atas alasan anak guamnya kini tidak mempunyai pekerjaan tetap selain menanggung isteri dan dua anak yang masih kecil.

”Segala harta dan akaun tertuduh dirampas dan dibekukan sejak 11 Januari 2016. Tertuduh kini berniaga sendiri dengan pendapatan sekitar RM1,000 hingga RM1,500 sebulan,” katanya.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM35,000 dengan seorang penjamin untuk kesemua pertuduhan serta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 17 Ogos ini.

 ??  ?? SHAHNAZ Khan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan salah guna wang bayaran denda.
SHAHNAZ Khan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan salah guna wang bayaran denda.
 ??  ?? THAM dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, semalam.
THAM dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia