Harian Metro

Budak bijak catur

- Zuhainy Zulkiffli cnews@nstp.com.my

 Pelajar lapan tahun sertai lebih 200 pertanding­an

Usianya baru lapan tahun namun murid Sekolah Kebangsaan (SK) Minden Heights, dekat sini, sudah menyertai lebih 200 pertanding­an catur hingga ke peringkat antarabang­sa.

Lebih membanggak­an, Ain Insyirah Rosli menjadi peserta tunggal mewakili Malaysia dan tersenarai sebagai 21 pemain terbaik dalam kejohanan Asian Youth Chess di Chiangmai, Thailand yang berlangsun­g pada 31 Mac hingga 10 April lalu.

Ibunya Zaiyana Mohd Hussain, 39, berkata empat anaknya memang minat bermain catur sejak kecil dan bakat Ain Insyirah disedari ketika berusia enam tahun.

Katanya, dia kemudian membawa anak ketiganya menyertai pertanding­an catur peringkat sekolah namun gagal meraih sebarang kedudukan.

“Memang dia menangis kecewa kerana kalah pada kali pertama namun bangkit serta menjadi johan menerusi beberapa pertanding­an selepas itu.

“Tahun lalu, dia mendapat tempat keempat ketika menyertai National Scholastic Chess Championsh­ip 2017 di Putrajaya dan juara dalam Malaysian National Youth Chess Championsh­ip 2018 di Johor pada Mac lalu,” katanya ketika ditemui bersama suami, Rosli Mat Seliaman, 46, di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban di sini, semalam.

Ain Insyirah juga murid cemerlang dan aktif dalam acara pengucapan awam selain meminati mata pelajaran Bahasa Cina di sekolah.

Setiap hari dia akan menumpukan latihan catur selama satu jam dengan bantuan jurulatih selain gemar menyertai pertanding­an catur dalam talian.

Namun, di sebalik kegembiraa­n meraih kejayaan, Zaiyana sedikit terkilan kerana anaknya tidak dapat menyertai beberapa kejuaraan bertaraf dunia berikutan kekangan

 ??  ?? AIN Insyirah ditemani Zaiyana dan bapanya Rosli Mat Seliaman bersama
trofi dan medal yang dimenangi.
AIN Insyirah ditemani Zaiyana dan bapanya Rosli Mat Seliaman bersama trofi dan medal yang dimenangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia