Harian Metro

Bahana plat fancy

- Nor Azizah Mokhtar news@nstp.com.my

 36 kenderaan diberi amaran oleh JPJ tukar balik ke saiz asal

Ada antara plat kenderaan digunakan terlalu kecil, malah sukar dibaca dengan mata kasar. Bahkan terdapat juga pemilik kenderaan sengaja menggunaka­n plat patah bagi mengelak nombor pendaftara­n kenderaan dikesan pihak berkuasa.

Tindakan menggunaka­n nombor pendaftara­n atau tidak mengikut spesifikas­i ditetapkan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) terus dikesan menerusi Ops Pengarah Siri 4/2018 oleh JPJ Kuala Lumpur di Jalan Bangsar berhampira­n Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar di sini, malam kelmarin.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Ismail Mohd Zawawi, berkata, sebanyak 36 kenderaan terutamany­a kereta dan motosikal dikesan menggunaka­n nombor plat ekstrem serta tidak mengikut spesifikas­i sepanjang dua jam operasi dijalankan bermula jam 8.30 malam.

“Semua pemilik kenderaan terbabit dikenakan saman serta-merta dan turut diberikan notis mengikut Seksyen 61(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 iaitu notis arah periksa kenderaan, yang mana mereka perlu datang ke pejabat JPJ untuk pemeriksaa­n semula.

“Mereka diberi tempoh masa 10 hari dari tarikh notis dikeluarka­n dan sekiranya mereka ingkar berbuat demikian, tindakan susulan akan dikenakan terhadap mereka termasuk disenarai hitam,” katanya dalam sidang media di lokasi operasi.

Menurutnya, penggunaan nombor pendaftara­n kenderaan tidak mengikut spesifikas­i boleh mendatangk­an kesulitan sekiranya terbabit dengan kemalangan kerana ia menyukarka­n proses pengecaman kenderaan melalui nombor pendaftara­n.

“Kadar saman untuk kesalahan itu adalah antara RM100 dan RM250 bergantung tempoh masa saman berkenaan dijelaskan penerima.

“Jika saman dibayar dalam tempoh 14 hari, kadar saman adalah RM100, dalam tempoh antara 15 sehingga 30 hari, jumlah saman adalah RM250 dan jika melebihi 30 hari, mereka dikenakan saman maksimum RM250,” jelas beliau.

Menerusi operasi itu juga, katanya, sebanyak 280 saman dikeluarka­n terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan lain terutamany­a tiada lesen memandu dan lesen memandu tamat tempoh serta cukai jalan tamat tempoh.

“Sebanyak 144 saman dikeluarka­n atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh, manakala 125 saman untuk tiada lesen memandu dan lesen memandu tamat tempoh.

“Dalam pada itu, 10 kenderaan yang didapati menggunaka­n cermin gelap tidak mengikut spesifikas­i turut disaman,” katanya.

 ??  ?? SEBANYAK 280 saman
dikeluarka­n terhadap pengguna jalan raya atas
pelbagai kesalahan lain.
SEBANYAK 280 saman dikeluarka­n terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan lain.
 ??  ?? ANGGOTA JPJ memeriksa nombor plat motosikal pada Ops Pengarah JPJ WPKL Siri 4/2018 di Jalan Bangsar.
ANGGOTA JPJ memeriksa nombor plat motosikal pada Ops Pengarah JPJ WPKL Siri 4/2018 di Jalan Bangsar.
 ??  ??
 ?? FOTO: NUR ADIBAH AHMAD IZAM ?? KETUA Unit Komunikasi Korporat, Siti Maryam Anuar menunjukka­n contoh nombor pendaftara­n yang mengikut spesifikas­i JPJ.
FOTO: NUR ADIBAH AHMAD IZAM KETUA Unit Komunikasi Korporat, Siti Maryam Anuar menunjukka­n contoh nombor pendaftara­n yang mengikut spesifikas­i JPJ.
 ?? Ismail ?? Kadar saman untuk kesalahan itu adalah antara RM100 sehingga RM250 bergantung tempoh masa saman berkenaan dijelaskan penerima”
Ismail Kadar saman untuk kesalahan itu adalah antara RM100 sehingga RM250 bergantung tempoh masa saman berkenaan dijelaskan penerima”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia