Harian Metro

Banteras budaya kawtim

- Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sudah melaksanak­an beberapa langkah proaktif dalam usaha meningkatk­an integriti sekali gus menyukarka­n aktiviti rasuah atau kawtim dalam kalangan segelintir warganya dan penyeludup.

Langkah itu sekali gus dijangka mampu mengawal ketirisan dan penyeludup­an yang jelas merugikan negara terutama membabitka­n rokok yang dianggarka­n memberi keuntungan kepada kartel rokok seludup sebanyak RM5 bilion setahun manakala kerugian cukai kepada kerajaan RM2 bilion setahun.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Subromania­m Tholasy berkata, antara langkah proaktif yang dilaksanak­an untuk menangani isu integriti ialah memantapka­n proses dan prosedur pelaksanaa­n kerja menerusi Bengkel Pengurusan Risiko Rasuah (CRM).

“Saya tidak menafikan berlaku isu integriti. Namun JKDM sudah pun mengambil tindakan dan terus akan melakukan penambahba­ikan untuk menutup ruang dan peluang di mana berlakunya ketirisan hasil.

“Bengkel CRM contohnya, apabila sistem dan prosedur sudah ditambah baik maka orang nak ambil rasuah atau nak salah guna kuasa pun tak boleh.

“Saya amat serius (menangani rasuah dan kawtim). Namun perlu ditegaskan, salah satu kekuatan yang ada pada kita ialah kebanyakan pegawai kastam adalah pegawai jujur. Cuma ada segelintir (tak jujur). Janganlah

 Kastam pandang serius isu bolos babit pegawai, penyeludup

disebabkan nila setitik, susu sebelanga rosak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media SST Reborn! Transition from GST to SST, di sini, semalam, sewaktu menjawab soalan wartawan mengenai isu integriti segelintir warga JKDM menyebabka­n kegiatan penyeludup­an terus berlaku sehingga berbilion pendapatan negara hilang akibat cukai gagal dikutip.

Menurutnya, penambahba­ikan sistem dan prosedur kerja secara berterusan perlu dilakukan dan buat masa ini juga JKDM melaksanak­an pengurusan perubahan ke arah pemantapan integriti pasukan.

Laporan khas Harian Metro pada Khamis lalu memetik kegiatan penyeludup­an rokok kini menguasai 60 peratus pasaran tempatan didalangi sindiket terancang yang dikesan mengaut keuntungan RM5 bilion setiap tahun.

Kumpulan kartel ala mafia itu sanggup melabur jutaan ringgit untuk merasuah sesiapa sahaja termasuk pihak berkuasa sama ada di sempadan atau yang berada di bilik berhawa dingin di pejabat.

 ??  ?? PENGARAH Kastam Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Zulkurnain Mohamed Yusuf (empat kanan) menunjukka­n hasil rampasan rokok seludup dalam serbuan sebelum ini.
PENGARAH Kastam Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Zulkurnain Mohamed Yusuf (empat kanan) menunjukka­n hasil rampasan rokok seludup dalam serbuan sebelum ini.
 ??  ?? ANGGOTA Kastam menunjukka­n sebahagian rokok seludup yang dirampas.
ANGGOTA Kastam menunjukka­n sebahagian rokok seludup yang dirampas.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 26 Julai lalu.
LAPORAN Harian Metro 26 Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia