Harian Metro

Buat keputusan sendiri

- Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@nstp.com.my

 Zuraida mohon ahli PKR pilih pemimpin berdasar pencapaian

Ahli PKR perlu memilih barisan pemimpinan parti atas keputusan sendiri tanpa dipengaruh­i oleh individu atau kem tertentu.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata, ahli parti perlu menunjukka­n kematangan dengan memilih pemimpin atas pencapaian mereka, bukannya berdasarka­n ketua kem tertentu.

“Ahli parti kena memilih barisan pemimpin dengan mengkaji pencapaian, prestasi, kepemimpin­an, keterampil­an dan perjuangan mereka, ini yang saya nak tekankan.

“Jangan buat pilihan calon itu berdasarka­n kepala ketua macam gembala kambing. Dia ke kiri, semua ke kiri.

“Saya nak ahli PKR lebih matang dalam menggunaka­n kuasa mereka untuk mengundi seperti mana yang berlaku pada 9 Mei apabila rakyat Malaysia menunjukka­n kematangan atas dasar pendirian sendiri.

“PKR sebagai parti reformasi, maka ahlinya perlu buat keputusan sendiri, bukan kerana terikut-ikut atau dipengaruh­i,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, mengumumka­n senarai barisan pasukan Reformasi 20 Tahun bagi sesi pemilihan parti itu bulan depan.

Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata, senarai diumumkan Rafizi tidak akan mencetuska­n perpecahan dalam parti itu.

“Pemilihan mestilah ada pasukan, seperti di sekolah ada rumah sukan merah, hijau, kuning dan dalam semangat itu, tak menjadi isu kalau ada pasukan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia