Harian Metro

Selesai cara baik

Zamihan tarik balik fitnah, kemuka permohonan maaf melalui FB

- Murni Wan Omar murni@nstp.com.my

Kes saman fitnah membabitka­n pendakwah bebas warga Kanada, Abu Ameenah Bilal Philips terhadap Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) Zamihan Mat Zin di Mahkamah Tinggi di sini, berjaya diselesaik­an secara baik.

Ia berikutan Zamihan bersetuju untuk menarik balik perkataan fitnah dan akan mengemukak­an permohonan maaf melalui laman media sosial Facebook dalam tempoh dua hari.

Peguam Meor Amin Meor Omar Baki yang mewakili Bilal Philips ketika ditemui berkata, Zamihan sebagai defendan juga akan menarik balik posting yang memfitnah anak guamnya serta-merta.

“Mahkamah juga membenarka­n injunksi untuk menghalang defendan daripada mengulangi fitnah terhadap plaintif.

“Pihak defendan bersetuju untuk membayar ganti rugi yang jumlahnya tidak dapat didedahkan kepada umum. Selain itu, jaminan untuk kos RM30,000 yang dibayar oleh anak guam saya akan dipulangka­n semula,” katanya.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim merekodkan penghakima­n persetujua­n di kamarnya di sini.

Peguam Fakhrul Azman Abu Hassan mewakili Zamihan.

Sementara itu, Bilal Philips ketika ditemui berkata, beliau tidak pernah terbabit dengan aktiviti pengganas malah menentang perbuatan itu sehingga Daish menjadikan­nya sebagai sasaran untuk dibunuh.

“Saya bersyukur perkara ini selesai dan nama dapat dibersihka­n serta kebenaran akan diketahui. Aktiviti saya terganggu dengan publisiti yang teruk akibat salah faham oleh Zamihan.

“Saya harap selepas ini orang tahu siapa saya dan apa yang diperjuang­kan. Salah faham itu menyakitka­n. Peranan saya sebagai Canselor di Universiti Islam Online yang mempunyai 450,000 pelajar dari seluruh dunia, juga terjejas akibat publisiti buruk ini,” katanya.

 ??  ?? BILAL Philips (kiri) bersalaman dengan Zamihan selepas kes diselesaik­an secara baik di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
BILAL Philips (kiri) bersalaman dengan Zamihan selepas kes diselesaik­an secara baik di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia