Harian Metro

Mangsa Umrah disaran tampil buat laporan

-

Shah Alam: Polis Selangor menasihatk­an semua mangsa kes penipuan pakej umrah oleh sebuah syarikat yang beroperasi di Setia Alam, di sini, tampil membuat laporan polis di balai polis berhampira­n.

Syarikat yang tidak berdaftar dan tidak berlesen itu dikendalik­an oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Noraini Abu Bakar, 32.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya percaya masih ramai mangsa suspek di seluruh negara, bagaimanap­un polis hanya menerima 40 laporan setakat ini.

“Dalam kes ini, suspek dipercayai menjalanka­n aktiviti penipuan seorang diri itu membabitka­n hampir RM4 juta dan (penumpang untuk) tiga pesawat.

“Suspek yang diburu sejak April lalu berjaya diberkas di sebuah pangsapuri Nilai, Negeri Sembilan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor (JSJK) pada 25 Julai lalu.

“Polis turut merampas satu rantai emas, 11 gelang tangan, sembilan cincin, satu beg tangan jenama Louis Vuitton serta wang tunai bernilai RM38,200,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

Mazlan berkata, kertas siasatan sudah dilengkapk­an dan Peguam Negara mengarahka­n suspek dituduh di Mahkamah Seksyen di sini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebatan selain boleh dikenakan denda.

“Ribuan terima kasih juga kepada orang awam dan media yang membantu sehingga tertangkap­nya suspek.

“Pada masa sama, polis menasihatk­an orang ramai agar jangan mudah terperdaya dengan tawaran pakej umrah yang murah dan pergilah ke agensi yang diiktiraf serta berlesen saja,” katanya.

Mazlan berkata, pada 23 Disember tahun lalu, seorang mangsa yang juga pengarah syarikat ejen pelanconga­n tempatan membuat satu laporan polis di Balai Polis Sri Muda di sini, mendakwa ditipu suspek.

 ??  ?? MAZLAN Mansor
MAZLAN Mansor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia