Harian Metro

Dijumpai selepas 10 jam ‘ghaib’

-

Kuala Lumpur: Selepas lebih 10 jam ‘ghaib’, pelajar perempuan sindrom down berusia 19 tahun yang dilaporkan hilang ditemui di Menara Kuala Lumpur, di sini, kelmarin.

Putri Nur Qasdina Mohd Zairan disedari hilang oleh ibunya kira-kira jam 6 pagi kelmarin selepas didapati tiada di wad ketika menjaganya selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, untuk mendapatka­n rawatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Danau Kota, di sini, ditemui anggota polis bantuan di Menara Kuala Lumpur kira-kira jam 5 petang.

“Anggota polis bantuan kemudian menghubung­i pihak polis sebelum dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi oleh anggota polis peronda (MPV).

“Mangsa diserahkan kepada guru sekolahnya kira-kira jam 7 malam semalam (kelmarin),” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Pembantu Pengurusan Pelajar SMK Danau Kota Norasikin Shamsuddin, 34, berkata dia menerima panggilan daripada polis yang meminta menjemput Putri Nur Qasdina di IPD Dang Wangi.

“Saya dimaklumka­n dia

Saya dimaklumka­n dia ditemui di Menara Kuala Lumpur. Ketika ditemui, ada makanan dan gambar yang diambil di Menara Kuala

Lumpur bersamanya”

Norasikin Shamsuddin

ditemui di Menara Kuala Lumpur. Ketika ditemui, ada makanan dan gambar yang diambil di Menara Kuala Lumpur bersamanya.

“Saya bersyukur Putri selamat dan berterima kasih kepada individu prihatin yang memberikan makanan kepadanya.

“Putri sudah diserahkan kepada ibunya yang hanya dikenali sebagai Juriah berusia 60-an di HKL,” katanya.

Kelmarin, media melaporkan Putri Nur Qasdina menghilang­kan dari HKL kira-kira jam 6 pagi.

 ??  ?? PUTRI ditemui di Menara Kuala Lumpur selepas dilaporkan hilang ketika berada di sebuah wad di HKL.
PUTRI ditemui di Menara Kuala Lumpur selepas dilaporkan hilang ketika berada di sebuah wad di HKL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia