Harian Metro

Ajal disondol dari belakang

- Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang­nya dilanggar dari arah belakang oleh kereta Perodua Myvi di Kilometer 25.6 Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (Kajang SILK) dari Kajang ke Putrajaya, semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa Rosarjuna Ahmad, 50, maut di lokasi kejadian akibat parah pada bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Selangor Superinten­dan Azman Shari’at berkata, kereta Perodua Myvi berkenaan turut hilang kawalan dan melanggar kereta BMW di laluan kontra.

“Kejadian membabitka­n tiga kenderaan iaitu sebuah motosikal dan dua kereta. Penunggang motosikal seorang lelaki berusia 50 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan yang tiba selepas kejadian.

“Daripada siasatan awal dijalankan pegawai penyiasat, polis mendapati ketika penunggang motosikal tiba di lokasi, kereta Perodua Myvi yang dipandu di lorong ketiga merempuh bahagian belakang motosikal mangsa,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, ketika kejadian satu daripada empat lorong di lebuh raya itu dibuka kepada kenderaan dari arah Putrajaya bagi mengurangk­an kesesakan pada waktu pagi.

“Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh di atas jalan dan motosikaln­ya terseret manakala kereta Perodua Myvi hilang kawalan lalu melanggar kereta BMW di laluan kontra.

“Pemandu Perodua Myvi mengalami sakit dada dan dihantar ke Hospital Serdang untuk dirawat. Jenazah mangsa yang maut juga dibawa ke hospital sama untuk dibedah siasat,” katanya.

 Lelaki maut motosikal ditunggang dirempuh kereta

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia