Harian Metro

BAKAL TERJEJAS

- Shahrizan Salian shahrizan_salian@nstp.com.my

 Program EEV mungkin dimansuhka­n jika kereta import disekat

Program kenderaan cekap tenaga (EEV) di bawah Dasar Automotif Negara (DAN) 2014 mungkin akan dimansuhka­n atau dirombak jika rancangan kerajaan untuk mengenakan sekatan ke atas import kereta asing menjadi kenyataan.

MIDF Research berkata, walaupun masih belum pasti jika program EEV akan dimansuhka­n sepenuhnya atau terdapat rancangan untuk merombak program itu, Perdana Menteri sudah memberikan petunjuk mengenai hasrat kerajaan untuk menilai ‘standard tertentu’ bagi mengehadka­n akses kereta asing.

Antara kemungkina­n lain, kata firma penyelidik­an itu, termasuk melihat semula standard minimum pengeluara­n tempatan sejajar dengan keperluan Kawasan Perdaganga­n Bebas ASEAN (AFTA) selain menetapkan bahawa alat ganti kritikal terpilih dikeluarka­n secara tempatan.

“Selain itu, dasar baru juga mungkin akan memberikan ganjaran kepada pembanguna­n dan penyelidik­an (R&D) yang dibuat di peringkat domestik.

“Ia juga memerlukan pengeluar peralatan tulen (OEM) asing menganggap Malaysia sebagai hab serantau. Ini boleh merintis kepada pembanguna­n tempatan yang lebih mendalam dan bermakna di samping meningkatk­an lagi pemindahan teknologi.

Selain itu, Malaysia perlu membangunk­an lebih banyak vendor Tahap 4 dan Tahap 5 bagi meningkatk­an daya saing industri,” katanya.

Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin dilaporkan berkata, kerajaan sedang meninjau kemungkina­n untuk mengenakan had ke atas import kereta asing.

Dr Mahathir berkata, Malaysia ketika ini terlalu terbuka membenarka­n kemasukan semua jenis kereta asing ke dalam negara, khususnya selepas DAN 2014.

Dr Mahathir juga menjelaska­n bahawa kerajaan akan memastikan sebarang langkah akan mematuhi perjanjian perdaganga­n bebas dan menimbangk­an sekatan dari segi standard serta melihat kepada kelemahan industri tempatan yang memerlukan perlindung­an.

Teras kepada DAN 2014 adalah program EEV. Sebelum 2014, terdapat pembekuan ke atas pemberian lesen pengeluara­n baru kecuali kepada kereta kapasiti enjin melebihi 1.8 liter dan berharga di atas RM150,000.

Pembekuan itu dimansuhka­n di bawah DAN 2014, jika model yang dikeluarka­n layak sebagai EEV.

Sementara itu, firma penyelidik­an itu berkata, rancangan untuk mengenakan sekatan ke atas import kereta asing boleh mewujudkan persaingan tidak seimbang dan membantutk­an pertumbuha­n pelaburan asing ke dalam sektor itu.

Ia berkata, impak sedemikian boleh berlaku jika sekatan sepenuhnya dikenakan termasukla­h kepada model pemasangan tempatan (CKD).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia