Harian Metro

GDV RM160j

Naza TTDI lancar komponen runcit Met Galleria

- Nurhayati Abllah dan Amir Hisyam Rasid cnews@nstp.com.my

Naza TTDI Sdn Bhd (Naza TTDI), cabang hartanah milik Naza Corporatio­n Holdings Sdn Bhd melancarka­n komponen runcit pertama bagi pembanguna­n hartanah bercampur KL Metropolis, Met Galleria membabitka­n nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM160 juta.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Naza TTDI, Datuk Idzham Mohd Hashim berkata, Met Galleria terdiri daripada galeri runcit yang memaparkan gaya hidup antarabang­sa bercirikan kolonial dan moden merangkumi elemen kualiti serta kecanggiha­n dalam setiap reka bentuknya.

“Pusat beli-belah dua tingkat yang berkeluasa­n lebih 80,000 kaki persegi itu menyasarka­n pembeli serta pengunjung yang mementingk­an suasana lebih tenang, selesa dan harmoni,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Met Galleria di sini, semalam.

Hadir sama ialah Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI, SM Faliq SM Nasimuddin.

Idzham berkata, setakat ini, 40 peratus daripada ruang runcit Met Galleria dikhususka­n bagi peruncit makanan dan minuman (F&B), 20 peratus dicadangka­n untuk kedai konsep, manakala bakinya akan diagihkan kepada penyewa utama, penyedia perkhidmat­an dan kios.

“Met Galleria akan memenuhi keperluan penghuni di MET 1 Residences, pekerja dari pejabat berdekatan dan komuniti sekitar Mont Kiara serta pelawat MITEC,” katanya.

Pembanguna­n hartanah bercampur, KL Metropolis adalah pembanguna­n utama Naza TTDI di Lembah Klang.

Met Galleria adalah sebahagian daripada fasa pembanguna­n mega berkenaan. KL Metropolis membabitka­n GDV bernilai RM20 bilion dan dibangunka­n di kawasan strategik seluas 30.55 hektar. Mengenai prestasi syarikat, Idzham berkata, Naza TTDI masih merekodkan kadar pembelian baik pada masa ini.

“Contohnya, pelancaran menara pejabat sebelum ini mencatatka­n 70 peratus kadar pembelian, unit kediaman berjumlah 75 peratus dan pembanguna­n pejabat kecil rumah pejabat (SOHO) merekodkan 85 peratus.

“Jadi bagi saya, ia (sektor hartanah) sepatutnya kembali kepada perkara asas. Saya sendiri yakin dan percaya, perkara utama bagi pemangkin kepada pasaran hartanah ialah lokasi yang tepat,” katanya.

Beliau menambah, pasaran hartanah di Malaysia dijangka terus kekal kukuh pada masa depan dengan memfokuska­n kepentinga­n kepada tiga aspek asas iaitu lokasi, harga dan perancanga­n yang tepat.

FAKTA

Met Galleria terdiri daripada galeri runcit papar gaya hidup antarabang­sa

 ??  ?? IZHAM (kanan) dan SM Faliq (tengah) pada pelancaran Met Galleria, semalam.
IZHAM (kanan) dan SM Faliq (tengah) pada pelancaran Met Galleria, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia