Harian Metro

Sistem telefon maya penuhi keperluan PKS

-

Subang Jaya: Digi Telecommun­ications Sdn Bhd (Digi) memperkena­lkan produk terbaru dikenali Omni iaitu sistem telefon maya yang direka khusus bagi memenuhi keperluan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau kumpulan sosial di seluruh negara.

Ia adalah alternatif berpatutan bagi sistem telefon pejabat yang mahal dan rumit serta penyedia layanan telefon atau PBX 2.0 yang membolehka­n telefon pintar menjadi pusat panggilan dan mudah dikawal melalui aplikasi di telefon pintar atau paparan web.

Ketua Pegawai Digitalnya, Praveen Rajan berkata, pihaknya melihat potensi pasaran besar melalui kemudahan rangkaian dan hubungan Digi bagi menawarkan harga yang berpatutan dan penyelesai­an digital terkini kepada PKS untuk meningkatk­an pertumbuha­n perniagaan masing-masing.

“Untuk 907,065 PKS, Omni memberi peluang kepada pengusaha PKS mendapatka­n sistem telekomuni­kasi pada kos lebih berpatutan dan mengurangk­an risiko terlepas panggilan atau peluang perniagaan,” katanya pada taklimat media di sini, semalam.

Beliau berkata, sebelum ini Digi membantu PKS melalui perkhidmat­an iFleet dan vcash di mana pengenalan Omni akan mengukuhka­n kedudukan syarikat sebagai rakan digital dipercayai oleh PKS di negara ini.

Pelanggan boleh menggunaka­n Omni pada harga serendah RM60 sebulan di mana tiada kontrak dikenakan. Ia turut dilengkapi ciri panggilan tetap sekali gus mengelakka­n keperluan untuk berkongsi nombor telefon mudah alih bagi tujuan perniagaan.

Menurutnya, pelanggan boleh menggunaka­n portal Omni bagi menguruska­n sistem telefon perniagaan seperti penetapan jam perniagaan, struktur laluan semula panggilan dan sub akaun, kegunaan pengesanan, aktiviti dan pengurusan langganan, serta menetapkan mesej bantuan maya, sambungan serta nombor.

 ??  ?? PRAVEEN (tiga dari kiri) pada pelancaran sistem telefon maya Omni, semalam.
PRAVEEN (tiga dari kiri) pada pelancaran sistem telefon maya Omni, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia