Harian Metro

KEMBAR TUMPANG TUBUH

- Agensi

 Remaja Filipina bakal jalani pembedahan untuk buang kembar parasit di Thailand

Remaja perempuan berusia 14 tahun yang dua tangan serta jari melekat pada badannya, bakal menjalani pembedahan untuk dipisahkan daripada ‘kembar parasitnya’ di Thailand.

Veronica Cominguez, 14, dari Iligan, Filipina, dilahirkan dengan kembar yang tidak terbentuk sepenuhnya sebaliknya melekat dalam tubuh remaja itu menyebabka­n tangan serta perut berbentuk bujur tergantung pada badannya.

Menurut laporan media tempatan, keadaan remaja itu mendapat perhatian masyarakat terutama penduduk tempatan yang berusaha mengumpul wang untuk membantuny­a menjalani pembedahan yang diatur pegawai kerajaan.

“Ketika kecil, saya sangka ia kaki dan semakin lama semakin membesar.

“Ia menjadi terlalu berat menyebabka­n pergerakan terbatas. Ia juga sentiasa terhayun dan baju juga basah,” katanya.

The Mirror melaporkan, ibunya, Flora Cominguez, berkata, keluargany­a mempunyai genetik kembar, namun tidak melakukan pemeriksaa­n sewajarnya ketika hamil, namun sedar ia adalah anak kembar, malah turut memberi nama kepada kembarnya.

Namun, kembar pada tubuh anaknya tidak terbentuk sepenuhnya.

Flora berkata, bahagian pusat anaknya sering mengeluark­an cecair dan kadang-kadang mengandung­i darah.

“Cecair itu biasanya berbau busuk seperti air kumbahan,” katanya.

Pakar bedah kanak-kanak di Pusat Perubatan Kanak-kanak Filipina, Dr Beda Espineda berkata, kebanyakan kes seumpama itu boleh dirawat menerusi pembedahan.

“Dalam kebanyakan kes, ia boleh dibuang. Biasanya struktur badan terbabit tidak diperlukan. Ia hanya melekat pada kulit atau tulang dan bagi doktor bedah, boleh dibuang dengan mudah,” katanya.

Sementara itu, pejabat kerajaan di kampungnya memberitah­u, Veronica akan menjalani pembedahan dalam beberapa minggu lagi.

Jurucakap majlis Barangay Kabacsanan berkata, pembedahan itu sudah diatur dan mereka berharap remaja terbabit dapat menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini.

 ??  ?? VERONICA akan menjalani pembedahan di Thailand bagi memisahkan ‘kembar parasit’ yang membesar dalam tubuhnya. - Agensi
VERONICA akan menjalani pembedahan di Thailand bagi memisahkan ‘kembar parasit’ yang membesar dalam tubuhnya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia