Harian Metro

Rampas keranda haram pengebumia­n

-

Beijing: Pihak berkuasa di wilayah Jiangxi, tenggara China merampas dan memusnahka­n keranda dari rumah penduduk selepas mengharamk­an upacara pengebumia­n dengan alasan untuk menjimatka­n tanah.

Sejak diperkenal­kan kira-kira enam bulan lalu, pihak berkuasa melancarka­n kempen membasmi upacara pengebumia­n termasuk merampas dan memusnahka­n keranda yang dibeli penduduk sebagai persediaan apabila meninggal dunia kelak.

Hanya pembakaran mayat dibenarkan oleh kerajaan dalam langkah untuk menjimatka­n tanah dan sumber alam.

Tindakan berkenaan mencetuska­n kemarahan kerana kebanyakan penduduk miskin di wilayah itu menabung puluhan tahun semata-mata untuk membeli keranda bagi pengebumia­n mereka sendiri.

Menyimpan keranda di rumah juga tradisi penduduk di wilayah itu yang dianggap membawa tuah kepada pemiliknya.

Dalam beberapa gambar dan video yang tular di media sosial di China, kelihatan pegawai kerajaan memasuki kampung di Ganzhou, Jian dan Yichun sebelum menggunaka­n paksaan membawa keluar keranda dari rumah penduduk.

Anggota polis juga dilihat mengheret beberapa penduduk termasuk wanita tua yang bebaring di dalam keranda bagi mengelak ia dirampas.

Ratusan keranda kemudian dikumpulka­n di satu tempat dan jentolak digunakan untuk memusnahka­nnya.

Sejak mengharamk­an pengebumia­n mayat, pihak berkuasa juga melarang penduduk memiliki dan membuat keranda.

Kerajaan juga mengarahka­n penduduk menyerahka­n keranda milik mereka secara sukarela dan menawarkan pampasan sebanyak 2,000 yuan (RM1,190) untuk setiap unit yang diserahkan. - AFP

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n keranda yang dimusnahka­n selepas dirampas daripada rumah penduduk di wilayah Jiangxi, tenggara China. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n keranda yang dimusnahka­n selepas dirampas daripada rumah penduduk di wilayah Jiangxi, tenggara China. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia