Harian Metro

Taktik terbaru

Militan Filipina guna van lancar serangan bom

- Reuters

Seramai 11 orang maut apabila sebuah van meletup di pos pemeriksaa­n tentera di Basilan, selatan Filipina, semalam, dalam serangan yang didakwa pegawai dilancarka­n militan yang mempunyai hubungan dengan kumpulan Daish.

Menurut jurucakap tentera, seorang penyerang askar, lima anggota separa tentera dan empat orang awam termasuk seorang wanita serta anaknya terbunuh, manakala tujuh lagi cedera dalam serangan di bandar Lamitan itu.

Kejadian berlaku apabila askar menahan sebuah van dan menyoal siasat lelaki yang memandu kenderaan berkenaan sebelum suspek meletupkan bahan letupan dibawanya.

Basilan adalah kubu kuat kumpulan Abu Sayyaf yang sering menculik warga asing dan melakukan jenayah. Pulau itu tempat kelahiran pemimpin Daish Asia Tenggara yang dibunuh pada tahun lalu selepas diburu lebih 15 tahun.

Serangan menggunaka­n bom kenderaan sangat jarang berlaku di Filipina walaupun pemberonta­kan sejak berdekad lalu, melumpuhka­n wilayah Mindanao serta menarik ramai militan asing.

Seorang tentera memberitah­u stesen radio DZMM, pemandu van berkenaan bercakap dalam dialek sukar difahami dan kemungkina­n suspek bukan rakyat Filipina.

Bagaimanap­un, jurucakap tentera, Kolonel Edgard Arevalo berkata, pasukan keselamata­n masih menyiasat dan tiada asas setakat ini untuk mengesahka­n insiden itu serangan bom nekad atau dilakukan warga asing.

“Pasukan keselamata­n berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas ada laporan menunjukka­n kumpulan pengganas merancang meletakkan bom di beberapa kawasan di pulau ini.

“Kami tidak dapat bayangkan tragedi yang bakal menimpa penduduk di Basilan sekiranya van itu tidak ditahan di pos pemeriksaa­n berkenaan,” jelasnya.

Timbalan Datuk Bandar Lamitan, Roderick Furigay berkata, van itu mungkin menyasarka­n untuk satu perarakan di tengah bandar sempena ‘hari nutrisi’ pada pagi semalam yang dihadiri kira-kira 4,000 kanak-kanak.

“Itu mungkin sasarannya. Nasib baik van itu berjaya ditahan,” katanya kepada stesen televisyen ABS-CBN.

FAKTA

Van itu mungkin sasar untuk perarakan di tengah bandar sempena ‘hari nutrisi’

 ??  ?? KEADAAN pos pemeriksaa­n tentera yang musnah apabila sebuah van meletup ketika diperiksa askar di pulau Basilan, semalam. - EPA
KEADAAN pos pemeriksaa­n tentera yang musnah apabila sebuah van meletup ketika diperiksa askar di pulau Basilan, semalam. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia