Harian Metro

Mengaku bunuh

- Agensi

 Rangka mayat kekasih ditemui di dalam hutan, sumbat mayat anak dalam beg pakaian

Seorang lelaki mengaku bersalah semalam, membunuh seorang wanita muda dan anak perempuan mangsa berusia dua tahun yang rangkanya ditemui dalam beg pakaian di tepi jalan dalam kes yang mengejutka­n Australia.

Daniel James Holdom, 43, mengaku membunuh Karlie Jade Pearce-Stevenson, 20, dan anak perempuann­ya berusia dua tahun, Khandalyce Kiara Pearce pada 2008, ketika dihadapkan di Mahkamah Agung New South Wales (NSW).

Rangka Karlie Jade ditemui pada 2010 dalam hutan Taman Negara Belango di NSW yang sebelum ini terkenal sebagai lokasi pembuangan tujuh mayat pengembara mangsa pembunuh bersiri pada 1990-an.

Polis bagaimanap­un, gagal mengenal pasti identiti mangsa sehingga 2015 apabila rangka anaknya ditemui orang ramai dalam beg pakaian dekat lebuh raya di Australia Selatan sejauh 1,100 kilometer dari hutan berkenaan.

Penemuan rangka kanak-kanak itu membawa kepada dua panggilan diterima polis yang membantu penyiasat mengenal pasti dua beranak itu menerusi DNA.

Akhbar Daily Telegraph di sini, memetik dokumen mahkamah melaporkan, Holdom yang menjalin hubungan singkat dengan Karlie Jade memijak leher wanita itu menyebabka­n saluran pernafasan­nya pecah sebelum meninggalk­an mayatnya dalam hutan berkenaan.

Menurut polis, dia menyimpan gambar mayat mangsa sebagai trofi.

Beberapa hari kemudian, Holdom membawa anak perempuan mangsa (Khandalyce Kiara) ke rumah neneknya di Australia Selatan, namun membunuh budak itu dan memasukkan mayatnya ke dalam beg pakaian sebelum dibuang di tepi lebuh raya.

Hukuman terhadap lelaki itu akan dijatuhkan September ini.

 ??  ?? HOLDOM (kiri) mengaku membunuh Karlie Jade dan anaknya berusia dua tahun pada 2008. - NSW/SA police/AAP
HOLDOM (kiri) mengaku membunuh Karlie Jade dan anaknya berusia dua tahun pada 2008. - NSW/SA police/AAP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia