Harian Metro

Tak percaya kahwin, dimandikan air longkang

-

tepi longkang dan disiram dengan air longkang berulang kali.

Media tempatan melaporkan Ketua Jabatan Syariah tempatan, Ibrahim Latif, berkata pasangan itu disyaki melakukan perbuatan tidak bermoral.

“Menurut penduduk, TSF sering ke rumah wanita itu dan mungkin selepas sekian lama mengintip, penduduk menjadi berang dengan perbuatan sumbang mereka.

“Apabila disoal selepas ditangkap, pasangan itu gagal memberi jawapan memuaskan,” katanya.

Menurutnya, TSF berusaha meredakan kemarahan penduduk kampung dengan menunjukka­n sijil membuktika­n dia dan DK berkahwin secara sulit namun penduduk meragui kesahihan sijil itu.

Mereka tidak mempedulik­an sijil berkenaan sebaliknya meneruskan hukuman memandikan pasangan itu dengan air longkang sebelum mereka dilepaskan.

Tribun News melaporkan, menurut Ibrahim, pegawainya tiba selepas pasangan itu sudah dilepaskan.

“Jika cepat tiba, mungkin boleh dihalang kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang menyiasat kesahihan sijil nikal pasangan itu.

Sementara itu, Antoni, iaitu ketua kampung Gampong Baro tempat TSF tinggal mengakui lelaki itu sudah berkahwin dengan DK sebagai isteri keduanya secara sulit.

“Mereka berkahwin sejak Februari 2018 di Binjai, Sumatera Utara,” katanya.

Aceh melaksanak­an hukuman sebat bagi kesalahan syariah, termasuk pasangan yang berzina dan mereka boleh disebat jika sijil berkenaan didapati palsu. Agensi

 ??  ?? PETIKAN video pasangan didakwa berkhalwat dimandikan dengan air longkang di Langsa, Aceh. - Agensi
PETIKAN video pasangan didakwa berkhalwat dimandikan dengan air longkang di Langsa, Aceh. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia