Harian Metro

Amy, Sie Yan memukau

Dua gimnas negara raih lima pingat di Bulgaria

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

Dua gimnas negara yang kini berada di Bulgaria, Amy Kwan dan Koi Sie Yan mempamerka­n aksi memukau untuk menghadiah­kan satu emas, tiga perak dan satu gangsa di Kejohanan Antarabang­sa Marine Gracew.

Ia adalah persiapan terakhir buat skuad gimnas negara sebelum berlepas ke Indonesia bagi

menghadapi temasya Sukan Asia dari 18 Ogos hingga 2 September ini.

Pencapaian dua gimnas terbaik negara itu dilihat mampu membakar semangat masing-masing sebelum turun berdepan cabaran yang lebih getir di Indonesia nanti.

Pengurus Podium bagi sukan gimrama, Faliq Mohd Razip berkata, penyertaan dua gimnas negara di Bulgaria adalah sebagai pemanas badan terakhir sebelum Sukan Asia.

Katanya, tiada sasaran khusus diletakkan buat mereka namun kejayaan membawa pulang pingat dilihat mampu menjadi pemangkin buat atlet negara kerana cabaran di Sukan Asia nanti cukup berbeza.

“Sukan Asia tidak mudah. Ramai gimnas bertaraf dunia akan bertanding di sana. Saya gembira mereka dapat mempamerka­n aksi memukau.

“Pingat yang diraih itu adalah satu pencapaian positif buat gimnas kita dan kini mereka boleh menilai tahap prestasi masing-masing,” katanya.

Skuad gimrama negara mempertaru­hkan empat gimnas untuk membawa cabaran negara ke temasya itu selepas melayakkan diri atas tiket kategori A oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Mereka terdiri daripada Amy, Izzah Amzan, Sie Yan dan Ng Jia Wen yang menggantik­an N Shasangari Sivaneswar­y yang mengalami kecederaan buku lali.

 ??  ?? AMY
AMY
 ??  ?? SIE Yan
SIE Yan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia