Harian Metro

Perlawanan akhir jadi penentuan

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Selepas gagal mencatat kemenangan dalam empat perlawanan persahabat­an dengan Australia A, skuad negara berharap mampu menewaskan lawan mereka itu pada perlawanan terakhir hari ini bagi memperoleh tonik terbaik ke Sukan Asia di Jakarta, bulan ini.

Anak buah Stephen Van Huizen setakat ini dilihat tidak mempunyai aura untuk ke Jakarta apabila masih gagal meraih kemenangan dengan Australia A yang hanya membariska­n pemain campuran sedangkan ia adalah persiapan terakhir sebelum ke Sukan Asia.

Malaysia tewas dalam saingan persahabat­an pertama hingga ketiga dengan keputusan 2-4, 2-3, 0-3 sebelum mencatat keputusan seri 2-2, kelmarin.

Kapten skuad negara, Mohamad Sukri Abdul Mutalib bagaimanap­un berkata, dia serta rakan sepasukan tidak mahu pulang dengan tangan kosong.

“Untuk perlawanan esok (hari ini) memang saya mahukan kemenangan. Walaupun sebenarnya kami lebih pentingkan prestasi di atas padang, tetapi pada masa sama kami juga mahukan keputusan yang positif.

“Kejayaan kita meraih keputusan seri 2-2 pada perlawanan keempat semalam (kelmarin) adalah kerana kurang melakukan kesilapan mudah dan harap prestasi seperti ini dapat diteruskan esok (hari ini),” katanya

Hari ini juga dilihat menjadi penilaian terakhir untuk Stephen melakukan congakan memilih 18 pemain terbaik ke Jakarta daripada 20 yang dibawa ke Perth, Australia ketika ini.

“Memang esok (hari ini) akan menjadi perlawanan terakhir yang menjadi penentu sama ada pemain terpilih atau tidak ke Sukan Asia.

“Jadi setiap pemain perlu memberikan yang terbaik dan cuba meyakinkan jurulatih,” kata Sukri.

 ??  ?? SKUAD Malaysian Tigers.
SKUAD Malaysian Tigers.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia