Harian Metro

PESAKA ‘bertapa’ dua minggu sebelum ke Sukan Asia

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Persekutua­n Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) sedang memberi tumpuan kepada aspek mental pada latihan fasa akhir bagi menghadapi Sukan Asia di Indonesia.

Pengurus Besarnya, Datuk Osman Nok (gambar), berkata latihan berkenaan akan dijalankan di Bukit Fraser selama dua minggu bermula hari ini, dalam misi merealisas­ikan sasaran yang diharapkan.

“Latihan pusat terakhir ini akan memberikan tumpuan kepada aspek mental dan dijalankan tanpa sebarang gangguan. Saya lihat aspek fizikal sudah tidak menjadi masalah cuma berbaki kira-kira dua minggu, tumpuan diberikan kepada aspek mental terutamany­a apabila turun beraksi di Indonesia,” katanya.

Stadium Padepokan Pencak Silat Indonesia yang dijangka dipenuhi kira-kira 4,000 penonton. Jadi kena bersedia sudah kerana sudah lalui banyak pengalaman di sana seperti Sukan SEA 2011 dan Kejohanan Dunia 2016,” jelasnya.

Skuad silat negara dilaporkan meletakkan sasaran tiga emas dengan menghantar 20 atlet diketuai juara dunia, Mohd Al Jufferi Jamari selain Siti Rahmah Mohamed Nasir.

“Kita berhasrat untuk mencapai yang terbik untuk pasukan. Dari segi atlet kita sudah melihat perkembang­an semasa dan sebelum ini, pencapaian mereka sebelum ini sudah membolehka­n kita ramal siapa yang mampu meraih emas,” katanya.

Pada saingan Sukan SEA di Kuala Lumpur tahun lalu, pesilat negara muncul antara penyumbang utama bagi membantu kontinjen negara muncul juara keseluruha­n apabila meraih 10 emas namun bagi Sukan Asia, ia adalah kali pertama pencak silat dipertandi­ngkan.

 ??  ?? JUFFERI ketuai skuad silat kebangsaan.
JUFFERI ketuai skuad silat kebangsaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia