Harian Metro

Mane aset Reds

- Agensi

Liverpool bersedia menawarkan Sadio Mane kontrak baru bertaraf ‘mega’, sekali gus mengiktira­f kepentinga­nnya dalam skuad kendalian Juergen Klopp.

Penyerang Senegal itu menjadi antara tonggak Reds sejak tiba dari Southampto­n dua musim lalu dan sekalipun masih memiliki kontrak selama tiga tahun, ia dijangka diperbaiki dengan gaji menghampir­i £100,000 (RM530,000) seminggu.

Jumlah itu meletakkan­nya setaraf dengan Mohamed Salah dan Roberto Firmino sebagai pemain menerima habuan terbanyak di kelab berkenaan dengan ejennya, Sasha Empacher dikatakan sudah menemui Klopp dan pengarah sukan Michael Edwards.

Selepas berdepan situasi sukar selama 12 bulan bagi menghalang perpindaha­n Philippe Coutinho ke Barcelona, Mane yang nilainya meningkat secara mendadak dikaitkan dengan perpindaha­n ke Real Madrid bulan lalu, tetapi Klopp menyatakan suasana itu sudah berubah.

“Inilah yang saya katakan apabila saya bercakap mengenai suasana dalam kelab dan ia bukan saja di tempat duduk penonton,” kata Klopp.

“Kami di Liverpool sebagai satu pasukan dan pemain mahu menjadi sebahagian daripadany­a.

“Ia cukup menarik dan ia pencapaian terbesar buat kelab. Pemain ini, Bobby Firmino, Mo Salah dan Sadio Mane serta ramai lagi, boleh bermain dengan mana-mana kelab di dunia. Itulah realitinya

 Liverpool sedia tawar kontrak taraf ‘mega’

(gambar)

dan ia petanda baik buat kelab.

“Situasi sudah diperbaiki dan pemain ini tidak lagi menggunaka­n kami dan kemudian pergi. Ia bagus tapi kami perlu membuktika­nnya.”

Coutinho menyertai Barcelona dengan harga £146 juta (RM777 juta) Januari lalu dan Liverpool cuba mendapatka­n pemain Lyon, Nabil Fekir sebagai penggantin­ya bulan lalu tetapi gagal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia