Harian Metro

‘Maguire kekal bersama Foxes’

-

anda bermain dengan City jadi anda adalah pemain yang bagus tapi anda tetap boleh meningkat dengan Pep.

“Saya pergi ke Barcelona dan saya mengingati hari pertama yang mana saya menyaksika­n satu lagi corak bola sepak. Saya bermain untuk Sepanyol, bermain untuk Valencia di Liga Juara-Juara dan memenangi banyak trofi, tapi Pep membawa saya ke satu tahap berbeza.

“Beliau menyatakan permainan saya boleh ditingkatk­an. Saya mengenali Silva sejak dia memulakan kerjaya di Valencia, dia pemain yang menakjubka­n dan dengan Pep, dia juga boleh meningkat.” London: Pemain pertahanan, Harry Maguire tidak akan meninggalk­an Leicester City ketika jendela perpindaha­n semasa walaupun ada pasukan lawan yang menyatakan minat untuk mendapatka­n khidmat pemain England itu, kata pengurus kelab Liga Perdana Inggeris itu, Claude Puel. Maguire mempamerka­n persembaha­n mengagumka­n dalam musim pertamanya bersama Leicester, apabila bermain dalam semua 38 perlawanan liga buat The Foxes dengan kelab itu menamatkan saingan liga di tangga kesembilan.

Persembaha­n baiknya turut memberi peluang buatnya beraksi bersama England pada Piala Dunia di Russia baru-baru ini.

Pemain berusia 25 tahun itu mempamer persembaha­n baik bersama England, sekali gus membantu Three Lions layak ke separuh akhir dan tampil dalam semua tujuh perlawanan pada kejohanan itu.

“Saya yakin mengenai pembabitan Harry musim ini. Dia pemain yang amat bagus buat kami,” kata Puel kepada Sky Sports News.

“Saya tidak terkejut mengenai persembaha­nnya pada Piala Dunia. Kami menyaksika­n peningkata­nnya ketika babak kedua musim... ia bukan memeranjat­kan bagi kami apabila dia beraksi dengan baik di peringkat antarabang­sa.

“Sudah tentu bagi kami dia pemain yang amat bagus. Saya menantinya dengan sabar kerana kami perlukan Harry dan kami juga perlukan Jamie (Vardy) kerana mereka adalah Leicester.”

Puel berkata, jika Leicester menjual Maguire, pasti sukar untuk mencari penggantin­ya sebelum jendela perpindaha­n berakhir 9 Ogos ini. - Reuters

 ??  ?? MAGUIRE
MAGUIRE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia