Harian Metro

J ‘Ronaldo dah tua...’

- Agensi

uara Itali, Juventus mengambil risiko besar dengan mendapatka­n Cristiano Ronaldo, menurut Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis.

Bekas penyerang Real Madrid itu melengkapk­an perpindaha­n bernilai 100 juta euro (RM475 juta) dengan menyertai kelab gergasi Itali itu bulan lalu.

Sekalipun Ronaldo dipercayai menerima gaji lebih sedikit berbanding di Sepanyol, Juventus dilaporkan membayar kapten Portugal itu 30 juta euro (RM142.5 juta) setahun sepanjang empat tahun kontrak yang ditandatan­ganinya.

Jumlah itu jauh lebih banyak daripada apa yang diperoleh pemain terbaik kelab itu ketika ini dengan De Laurentiis percaya gaji sebanyak itu sebagai perjudian buat pemain yang sudah 16 tahun di kancah bola sepak profesiona­l.

“Cristiano sudah berusia,” kata De Laurentiis dipetik berkata dalam akhbar AS.

“Untuk mengekalka­n kestabilan, amat berbahaya buat kelab menghabisk­an sebegitu banyak wang untuk seorang pemain, lebih-lebih lagi yang menghampir­i penghujung kariernya.

“Gajinya cukup besar buat Juve. Saya tertanya-tanya adakah ia menjadi kejayaan komersial berbanding kejayaan membabitka­n sukan.

“Jika anda mula memberikan gaji yang melampau, lambat laun ia akan mula menyusahka­n anda.”

De Laurentiis turut mendakwa risiko itu membuatkan beliau menolak tawaran ejen Ronaldo, Jorge Mendes yang terlebih dulu menemuinya sebelum Juventus menyertai rundingan.

 De Laurentiis anggap pembelian Juventus tak berbaloi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia