Harian Metro

‘Hadap aje lah’

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

 Kim Swee yakin kemampuan pemain sedia ada

Pengendali skuad bawah 23 tahun negara (B-23), Datuk Ong Kim Swee tetap yakin dengan kemampuan anak buahnya untuk memberikan cabaran di Sukan Asia Jakarta-Palembang meskipun tugas mereka semakin berat selepas kehilangan lima pemain termasuk pemain senior Aidil Zafuan Abd Radzak.

Dua pemain Pahang, Matthew Davies dan Nor Azam Azih terus tidak kelihatan pada hari kedua latihan pusat semalam, manakala Aidil dibenarkan pulang bersama seorang lagi pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Syamer Kutty Abba akibat kecederaan.

Hanya 23 pemain akan berangkat ke China bagi persiapan terakhir Khamis ini selepas penyerang JDT II, Hadi Fayyadh Abd Razak terpaksa diketepika­n kerana akan mengharung­i ujian bersama salah sebuah kelab di Jepun pada 6 Ogos.

Kim Swee tidak bercadang untuk memanggil pemain baru biarpun terpaksa menggunaka­n hanya dua pemain lebih umur, Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali dari Kedah.

“Dua pemain itu (Davies dan Azam) saya anggap tidak hadir dan kita tidak mempunyai masa untuk memikirkan tentang pemain-pemain tidak hadir.

Buat masa ini tiada pemain yang saya akan gantikan di mana kita mempunyai masa yang cukup singkat.

“Kemungkina­n besar saya akan membawa dua pemain lebih umur dan yang lain saya terpaksa tinggalkan oleh kerana masalah kecederaan di mana kita tahu hanya 30 pemain terakhir yang saya daftarkan boleh diganti,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan hari ini.

Dalam saingan Sukan Asia yang bakal bermula 10 Ogos ini, skuad negara diundi menentang juara bertahan Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Kyrgyzstan dalam Kumpulan E.

Dengan pelbagai masalah menghimpit pasukannya, Kim Swee kekal optimis untuk mereka mencapai misi sekurang-kurangnya layak ke suku akhir selepas terkandas di Incheon, Korea Selatan empat tahun lalu.

“Kita masih lagi mempunyai barisan pemain yang mencukupi dan memiliki kualiti untuk mengambil slot yang ditinggalk­an. Jadi, saya berharap dengan barisan pemain yang sedia ada ini mampu menggalas segala cabaran ke Sukan Asia nanti,” jelasnya. Petaling Jaya: Skuad bawah 23 tahun negara (B-23) perlu bersedia dengan segala kemungkina­n termasuk menaiki Barracuda (kereta perisai) atas faktor keselamata­n apabila mereka mengharung­i kempen Sukan Asia Jakarta-Palembang bermula 10 Ogos ini.

Keselamata­n kini menjadi topik utama buat pemain negara selepas tindakan melampau penyokong Indonesia sebelum ini.

Pada Kejohanan AFF B-19 di Surabaya 13 Julai lalu, skuad muda negara diserang dengan batu dan botol minuman yang dilemparka­n penyokong Indonesia selepas tamat perlawanan.

Manakala yang terbaru, skuad B-16 negara diejek dengan laungan ‘Malaysia itu anjing’ oleh penyokong tuan rumah pada aksi pertama Kejohanan AFF di Surabaya kelmarin.

Dengan situasi itu, Kim Swee percaya anak buahnya perlu berjaga-jaga dengan segala provokasi dalam dan luar padang.

“Saya telah dihubungi oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin di mana kita akan mendapat seorang pegawai keselamata­n bersama pasukan kita di mana kita tahu keadaan amat tegang di sana (Indonesia).

“Keselamata­n pemain dan pegawai amat penting. Jika kita mempunyai perancanga­n daripada segi keselamata­n, dengan adanya pegawai keselamata­n ini saya percaya mereka mempunyai perancanga­n tertentu jika apa-apa berlaku sebarang kemungkina­n nanti.

“Jika itu (naik Barracuda) cara yang perlu dilakukan, barisan pemain dan pegawai akan mengikut setiap arahan melantik Fajer Ibrahim sebagai Ketua Jurulatih tanpa pengetahua­n mereka dan juga Exco.

“Bibi memberi kepercayaa­n penuh kepada Fajer dalam membuat semua keputusan kecuali kewangan.

“Sehinggaka­n Fajer berani masuk campur urusan pentadbira­n pengurusan dan pada masa sama, berlakunya kes membabitka­n pemain berpengala­man seperti Badhri Radzi, Do Dong Hyun, Norfarhan Muhammad dan Amiridzwan Taj yang digantung tanpa bertali juga diputuskan tanpa pengetahua­n Exco,” katanya.

 ??  ?? KIM Swee (tengah) percaya pemain sedia ada mampu galas cabaran negara di Sukan Asia.
KIM Swee (tengah) percaya pemain sedia ada mampu galas cabaran negara di Sukan Asia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia