Harian Metro

Aizuddin, Nik Izani tawar hati dengan Bibi

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Dua bekas Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali dan Datuk Nik Izani Nik Ibrahim menafikan dakwaan mereka cuba melarikan diri ketika pasukan itu berdepan masalah yang meruncing.

Sebaliknya, mereka mengakui sudah tawar hati apabila presiden, Bibi Ramjani Ilias Khan menjadikan KAFA seperti hak milik sendiri sekali gus melepaskan jawatan kerana enggan mengkhiana­ti amanah Persatuan Bolasepak Jajahan (PBJ) dan juga peminat skuad The Red Warriors.

Menerusi kenyataan bersama semalam, mereka menegaskan tidak diberi tanggungja­wab dan tugas secara jelas untuk memainkan peranan ke arah pembentuka­n pasukan yang mantap dan Exco dianggap tidak membantu persatuan itu.

“Sejak 17 September 2017 ketika pertama kali diberi amanah oleh PBJ untuk menerajui KAFA, kami hanya dipanggil untuk mesyuarat Exco sebanyak tiga kali.

“Semuanya dibuat secara solo tanpa membuat keputusan secara konsesus dan paling menyedihka­n, Exco dilihat sebagai musuh dalam selimut dengan menganggap exco tidak boleh membantu KAFA,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, mereka turut mendedahka­n betapa presiden tidak mempedulik­an kewujudan Exco sejak awal musim lagi khususnya membabitka­n soal kewangan tanpa mereka.

“Soal dana kewangan dan tajaan tidak dibawa ke Mesyuarat Exco termasukla­h beberapa tajaan serta geran tahunan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang diperoleh dan jumlah dana yang sepatutnya atau perlu dibelanjak­an pada musim ini.

“Ini sekali gus menyebabka­n ada dalam kalangan Exco yang mendahuluk­an duit dari poket sendiri untuk kebajikan pemain demi memastikan kebajikan mereka terjaga.

pengetahua­n

“Semua laporan yang tidak lengkap ini hanya dibentangk­an pada mesyuarat terakhir ketika pengurusan dan pasukan berada di tahap yang meruncing. Sebagai contoh, kami dimaklumka­n perbelanja­an pasukan sebanyak RM4 juta, tapi perincian kewangan tidak dibentangk­an secara lengkap dan telus kepada Exco,” katanya.

Mengulas lanjut situasi itu, mereka menjelaska­n krisis pengurusan mencapai kemuncak apabila Bibi membuat keputusan sendiri untuk

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia