Harian Metro

Syed Saddiq hilang sabar

-

Selepas mengamalka­n pendekatan profesiona­l sebelum ini, kesabaran Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung ‘karenah’ segelintir penyokong Indonesia akhirnya sampai ke kemuncak.

Menerusi status Twitter yang dimuat naiknya awal pagi semalam, Syed Saddiq mengecam tindakan berterusan segelintir penyokong Indonesia menghina pemain muda negara yang beraksi di Kejuaraan Bawah 16 (B-16) AFF 2018 di Surabaya.

Malah, beliau menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya mengambil tindakan tegas dengan melaporkan kepada Persekutua­n Bolasepak Asia (AFF) atas insiden yang terjadi.

“Dulu kita dikenakan tindakan kerana segelintir penyokong yang tidak bertanggun­gjawab. Hari ini, apabila pemain kita dipanggil anjing dan ada sampai diugut bunuh, @FAM_Malaysia perlu bertegas dan laporkan kepada pihak AFF.

“Tindakan keras perlu dikenakan. Keselamata­n pemain negara adalah keutamaan saya ketika ini. Jangan kerana tindakan segelintir, hubungan baik di antara dua negara terkesan.

“Saya turut akan mengutuk perkara sama jika ia berlaku di Malaysia... Salah tetap salah, tindakan perlu diambil,” katanya dalam petikan di akaun Twitter miliknya.

Dalam perlawanan

AFF B-16 yang menyaksika­n Malaysia tumpas 1-2 kepada Thailand kelmarin, segelintir penyokong Indonesia bertindak menghina barisan muda negara sorakan ‘Malaysia itu anjing’ dan ‘Amirul itu anjing’ ketika perlawanan sedang berlangsun­g.

Mereka mungkin mahu membalas dendam dengan tindakan pemain muda negara Amirul Ashrafiq Hanifah yang dituduh menghina bendera Indonesia apabila dia tanpa sengaja meletakkan bendera terbalik, sekali gus menjadi bendera Poland dalam Instagram Story miliknya sebelum berlepas ke negara republik itu, minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia