Harian Metro

Gusar keselamata­n skuad B-16 negara Hina negara!

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim

menggesa semua pihak supaya memandang serius tindakan melampau penyokong Indonesia yang menghina negara ini pada Kejuaraan Bawah 16 (B-16) AFF 2018 di Surabaya.

Dalam kenyataan menerusi laman Johor Southern Tigers, Tunku Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim serta bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, menegaskan penghormat­an terhadap nama negara seharusnya menjadi keutamaan.

“Kita tidak boleh asyik nak menjaga hati semua orang. Kadang-kadang kita perlu lakukan keputusan demi untuk kebaikan negara,” kata Tunku Ismail, kelmarin.

Mengulas lanjut insiden penghinaan penyokong Indonesia itu, Tunku Ismail nyata bimbang terhadap keselamata­n pemain

(gambar)

skuad B-16 dan menyaranka­n mereka supaya menarik diri daripada kejohanan itu jika perlu.

Terdahulu, penyokong tuan rumah melaungkan sorakan ‘Malaysia itu anjing’ dan ‘Amirul itu anjing’ pada perlawanan antara Malaysia dengan Thailand di Stadium Joko Samudro, kelmarin.

Mereka mungkin mahu membalas dendam dengan tindakan pemain muda negara Amirul Ashrafiq Hanifah yang dituduh menghina bendera Indonesia apabila meletakkan bendera terbalik sekali gus menjadi bendera Poland dalam Instagram Story miliknya sebelum berlepas ke negara republik itu, minggu lalu.

Sebelum ini, pada Kejuaraan B-19 AFF di Surabaya bulan lalu, pemain negara dibaling dengan botol, objek dan batu selepas mereka menundukka­n tuan rumah menerusi penentuan sepakan penalti pada separuh akhir.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengemukak­an surat bantahan kepada Persekutua­n Bolasepak Asia Tenggara (AFF) dan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) berhubung tindakan melampau penyokong Indonesia pada Kejuaraan Bawah 16 (B-16) AFF 2018.

Penyokong Indonesia menghina nama negara dengan melaungkan sorakan ‘Malaysia itu anjing’ pada perlawanan sulung skuad B-16 bertemu Thailand di Stadium Joko Samudro, Surabaya, kelmarin.

Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam berkata, FAM senada dengan bekas Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berpendapa­t tindakan penyokong Indonesia itu keterlalua­n dan satu penghinaan yang besar terhadap nama negara ini.

“Justeru tindakan menghantar surat bantahan kepada AFF dan AFC kami lakukan dengan segera supaya dua pihak berkenaan dapat mengambil tindakan sewajarnya supaya perkara sama tidak berulang apabila skuad B-16 turun pada perlawanan kedua Kumpulan B di stadium sama bertemu Brunei, Jumaat ini.

“Saya harap AFF dan AFC akan bertegas dalam hal ini kerana jika diimbau semula, Malaysia selaku tuan rumah Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pernah didenda AFC AS$30,000 (RM121,000) kerana tindakan penyokong kita menyanyika­n sorakan menghina Brunei dan Singapura ketika perlawanan acara bola sepak lelaki.

“Tindakan dan denda sewajarnya perlu dikenakan terhadap penyokong Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pada masa sama, Stuart mengesahka­n FAM akan menghantar wakilnya ke Surabaya bagi memastikan kawalan keselamata­n terhadap skuad B-16 lebih terjamin. “FAM akan menghantar ahli Exco, ACP Md Dali Wahid yang juga seorang pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Surabaya, esok (hari ini) bagi membuat penilaian terhadap langkah keselamata­n tuan rumah dan penganjur.

“Jika tuan rumah dan penganjur sekadar mengambil ringan berhubung isu ini, FAM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih drastik selepas ini,” katanya.

Kelmarin, ketika perlawanan antara Malaysia dengan Thailand di Surabaya, penyokong tuan rumah melaungkan sorakan ‘Malaysia itu anjing’ dan ‘Amirul itu anjing.’

Amirul merujuk kepada pemain muda, Amirul Ashrafiq Hanifah yang dituduh menghina bendera Indonesia apabila meletakkan bendera terbalik dalam Instagram Story miliknya ketika membuat ucapan ringkas sebelum berlepas ke negara republik itu, minggu lalu.

 Penyokong Indonesia melampau,

FAM hantar surat bantahan ke AFF, AFC

 ??  ?? AKSI skuad B-16 negara ketika menentang Thailand.
AKSI skuad B-16 negara ketika menentang Thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia