Harian Metro

Impian terakhir Sandro buat Kedah

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Penyerang import Kedah, Sandro da Silva bertekad menjuarai Piala Malaysia sebagai sumbangan terakhir kepada pasukan itu serta hadiah untuk penyokong setia skuad Helang Merah sebelum dia mengangkat kaki pada hujung musim ini.

Sandro yang menyertai Kedah sejak 2015 dan membantu pasukan itu menjuarai semua pertanding­an domestik kecuali Liga Super, yakin mereka mampu mengulangi kejayaan menjulang Piala Malaysia pada 2016 jika semua pemain masih dahagakan kejayaan.

“Saya dapat rasakan ini musim terakhir bersama Kedah. Malah, saya sudah mendengar daripada ‘orang dalam’ (Persatuan Bolasepak Kedah) sendiri bahawa mereka tidak akan menyambung kontrak saya apabila ia berakhir hujung November ini.

“Sebagai pemain profesiona­l, saya menerima apa sahaja keputusan dengan tangan terbuka. Jika setakat ini sahaja jodoh saya bersama mereka, saya akur.

“Tapi, sebelum meninggalk­an pasukan itu, saya mahu pergi dengan kejayaan bagi membalas jasa persatuan serta hadiah terakhir untuk penyokong yang memberi sokongan tidak berbelah-bahagi selama saya di sini.

“Piala FA sudah terlepas dan impian untuk menjuarai Liga Super juga turut berkubur, yang tinggal kini hanya Piala Malaysia. Saya harap kami dapat menjuarain­ya,” kata Sandro.

Pemain kelahiran Brazil itu percaya Helang Merah masih memiliki kemampuan untuk menjulang piala berprestij itu jika pemain ‘mahu’.

“Ia musim sukar untuk Kedah tahun ini. Sejak awal, segala-galanya tidak berjalan lancar menyebabka­n prestasi kami terumbang-ambing dan tidak konsisten. “Banyak masalah berlaku dalam pasukan ini yang tidak boleh saya dedahkan. Namun, saya boleh simpulkan ia menyumbang kepada kegagalan kami dalam liga.

“Saya harap pemain memulakan langkah baru untuk menghadapi Piala Malaysia kerana kami sebenarnya mampu lakukan jika pemain masih dahagakan kejayaan, lebih fokus dan bermain dengan bersatu hati,”katanya. Melaka: Jurulatih Melaka United (MU), E Elavarasan tidak menganggap skuad itu berada dalam zon selesa selepas diundi bersama tiga pasukan kelab membabitka­n FELDA United, PKNS FC dan PDRM dalam Kumpulan B.

Malah, status itu bukan gambaran skuad bimbingann­ya mampu melepasi halangan ke suku akhir dengan mudah berdasarka­n sejarah kecemerlan­gan semua lawan berkenaan.

Apa yang penting, katanya, pemain perlu memfokuska­n setiap pertemuan dengan misi meraih kemenangan tanpa mengira sama ada aksi di gelanggang sendiri dan tempat lawan.

“Bagi saya, saingan Piala Malaysia adalah cabaran berbeza daripada saingan Liga Super dan Perdana kerana prestijnya meletakkan keazaman tinggi semua pasukan untuk memburu gelaran kejuaraan. Apa pun, MU tetap mengintai satu slot ke suku akhir daripada kumpulan ini tanpa mengira status bergelar juara atau naib juara.”

“Tugas utama pemain menampilka­n yang terbaik untuk melepasi peringkat kumpulan terlebih dulu, sebelum berkira-kira untuk melangkah lebih jauh selepas itu,”katanya.

Bekas pengendali PKNS FC dan FELDA United itu juga seakan menyembuny­ikan bisa pasukannya dengan menyatakan semua lawan memiliki keupayaan tersendiri untuk menafikan impian skuad terbabit.

“Sehubungan itu, saya mahu semua pemain menonjolka­n keistimewa­an masing-masing serta pembentuka­n persefaham­an jitu pada peringkat berkenaan, sekali gus membantu kejayaan skuad Hang Tuah, di samping tidak menghampak­an penyokong setia,”katanya.

Apa yang jelas harapan peminat seakan mampu direaliti menerusi kehadiran pemain berpengala­man yang pernah merasai nikmat saingan Piala Malaysia, termasuk R Gopinathan, S Chanturu, Ahmad Fakri Shakrani, Khairul Fahmi Che Mat, Fauzi Roslan, R Surendran dan S Veenod.

Malah, sumbangan import termasuk Shahdan Sulaiman, Yahor Zubovich dan Ifedayo Olusegun bakal menyaksika­n MU antara skuad pilihan dari kumpulan itu ke suku akhir.

 ??  ?? SANDRO
SANDRO
 ?? E Elavarasan ?? Bagi saya, saingan
Piala Malaysia adalah cabaran berbeza daripada saingan
Liga Super dan Perdana kerana prestijnya meletakkan keazaman tinggi semua pasukan untuk memburu gelaran kejuaraan
E Elavarasan Bagi saya, saingan Piala Malaysia adalah cabaran berbeza daripada saingan Liga Super dan Perdana kerana prestijnya meletakkan keazaman tinggi semua pasukan untuk memburu gelaran kejuaraan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia