Harian Metro

KEBAKARAN KALI KEEMPAT Satu hari jumpa tiga mayat

- Abdul Rahemang Taiming cnews@nstp.com.my

Puluhan rumah di Kampung Ayer hangus

Miri : Orang ramai gempar susulan penemuan tiga mayat lelaki di tiga lokasi berasingan di sekitar bandar raya ini dalam tempoh 24 jam, sejak petang kelmarin hingga pagi semalam.

Mayat pertama membabitka­n lelaki tanpa identiti ditemui di celahan batu di Pantai Tanjong Lobang, jam 4.30 petang, manakala mayat kedua, lelaki berusia 30 tahun ditemui dua jam kemudian di Piasau, di sini, kelmarin.

Mayat ketiga pula membabitka­n lelaki berusia 77 tahun ditemui di tepi longkang berhampira­n taman Perumahan Hiltop di sini, jam 10 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah

Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, pengesahan identiti mayat pertama dilakukan saudara mangsa jam 2 petang, semalam.

Katanya, manakala mayat kedua ditemui di kawasan semak bersama kereta Proton Saga milik mangsa di tepi jalan.

“Siasatan awal mendapati kematian lelaki terbabit dipercayai akibat masalah kesihatan.

“Lelaki terbabit dilaporkan mempunyai masalah angin ahmar dan dilaporkan hilang pada hari sama dia ditemui,” katanya ketika dihubungi wartawan.

Meng Seah berkata, menyelamat­kan barangan berharga.

Kepulan asap hitam dan api yang marak serta menjulang tinggi dapat dilihat dengan jelas dari pekan Semporna.

Ketua Polis

Daerah Semporna, Superinten­dan Peter Anak Umbuas, ketika dihubungi berkata, jumlah sebenar rumah yang musnah dalam kebakaran itu belum dapat dipastikan.

Setakat jam 8 malam tadi, anggota bomba masih bertungkus­lumus mengawal kebakaran dan menjalanka­n operasi pemadaman.

Ia kebakaran besar keempat membabitka­n penempatan atas air dan setinggan di Sabah dalam tempoh 36 hari.

Pada 27 Jun lalu, seramai 1,224 penghuni hilang tempat tinggal apabila 125 rumah di Kampung Gas, Sandakan terbakar, disusuli 150 penduduk tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran 30 rumah di Kampung Sarip, Lahad Datu, 9 Julai lalu.

Dalam kejadian terbaharu 24 Julai lalu, kira-kira 150 rumah di Kampung Cenderamat­a Dua di Likas, terbakar mengakibat­kan hampir 800 penduduk tinggal sehelai sepinggang. mayat ketiga iaitu lelaki berusia 77 tahun ditemui di tepi longkang selepas dilaporkan hilang Jumaat lalu.

“Lelaki terbabit dilaporkan mempunyai masalah Parkinson dan operasi mencarinya sudah dilakukan sejak dia dilaporkan hilang,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini tiada unsur jenayah bagi ketiga-tiga mayat yang ditemui dan kes diklasifik­asikan sebagai kematian mengejut.

“Ketiga-tiga mayat yang sudah dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masingmasi­ng,” katanya.

 ??  ?? PULUHAN rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Ayer Semporna.
Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah rumah kira-kira jam 5.30
petang
PULUHAN rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Ayer Semporna. Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah rumah kira-kira jam 5.30 petang
 ??  ?? ANGGOTA APM mengusung mayat tanpa identiti ditemui di celahan batu di Pantai Tanjong Lubang.
ANGGOTA APM mengusung mayat tanpa identiti ditemui di celahan batu di Pantai Tanjong Lubang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia