Harian Metro

Rumah markas lepas gian diserbu

-

Betong: Tindakan penagih dadah menjadikan rumah sendiri sebagai markas melepaskan gian dibongkar sepasukan pegawai dan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Betong dan Sarawak, kelmarin.

Serbuan yang dijalankan bermula jam 12 tengah hari itu menyasarka­n rumah penduduk di sekitar kawasan Beladin, Meludam dan Debak yang dijadikan sarang penagihan dadah.

Hasilnya, enam lelaki dan seorang wanita berusia antara 19 hingga 40-an ditahan kerana didapati khayal dadah methapheta­min.

Pengarah AADK Sarawak, Wan Madihi Wan Salleh berkata, operasi berkenaan dijalankan selepas pihaknya menjalanka­n risikan dan pemantauan sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, operasi menyasarka­n rumah penduduk di sekitar kawasan berkenaan yang dijadikan sarang penagihan kerana lebih tertutup dan sukar dikesan pihak berkuasa.

“Selepas risikan dijalankan berdasarka­n maklumat awam, serbuan berjaya menahan penagih dalam keadaan khayal di rumah mereka.

“Hasil ujian air kencing mendapati semua tujuh penagih yang ditahan positif dadah syabu dan mereka dibawa ke pejabat AADK Betong untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, semua penagih yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983.

Katanya, AADK Sarawak menggesa orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penagihan dadah diminta tampil menyalurka­n maklumat agar tindakan segera dapat diambil.

 ??  ?? ANGGOTA AADK menjalanka­n serbuan ke rumah penduduk sekitar kawasan Beladin, Meludam dan Debak.
ANGGOTA AADK menjalanka­n serbuan ke rumah penduduk sekitar kawasan Beladin, Meludam dan Debak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia