Harian Metro

Empangan Bengoh selamat

- Mohd Latif Ahmad cnews@nstp.com.my

 Tular mengenai kebocoran di laman sosial tidak benar

“Latihan Kecemasan Empangan Bengoh yang berlangsun­g Ahad lalu hanya prosedur rutin sebagai langkah persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkina­n.

“Ini bagi memenuhi keperluan keselamata­n antarabang­sa. Ini tidak bermakna empangan itu rosak atau mengalami kebocoran seperti diviralkan di laman sosial,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Jerip yang juga Menteri Muda Pembanguna­n Infrastruk­tur (Pengangkut­an) Sarawak berkata pembinaan Empangan Bengoh yang kini siap sepenuhnya mencapai semua standard struktur dan keselamata­n ditetapkan.

Katanya, ia turut diperakui menerusi bermesyuar­at dengan Lembaga Air Kuching (LAK) dan jurutera empangan termasuk lawatan ke tapak empangan.

“Ahad lalu, satu simulasi latihan kecemasan diadakan serentak membabitka­n sembilan kampung yang berada di hilir empangan, iaitu Kampung Bengoh, Danu, Semadang, Garung, Karu, Giam Asar, Gian Bauh, Benuk dan Git.

“Ia kali pertama diadakan sejak penakungan air di empangan itu dilakukan pada 2015 dan prosedur berkenaan berjalan lancar,” katanya.

Empangan Bengoh yang mula dibina pada 2007 dengan kos RM310 juta mampu menakung sebanyak 144 juta meter kubik air untuk menampung keperluan air bersih kepada hampir dua juta pengguna di Bandaraya Kuching menjelang 2030.

Reka bentuk empangan ini membolehka­nnya membekalka­n 130 juta mililiter tambahan air mentah kepada Loji Rawatan Air Batu Kitang sebelum disalur kepada pengguna sekitar Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia